Monday, September 28, 2009

Umno/BN amal demokrasi zalim - Pesuruhjaya Pas Perak

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara. Tambahan, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media terbarunya disini semalam.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat,

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun," katanya.

Ujarnya, Akta tersebut katanya jelas bercanggah dengan Islam yang melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat seperti yang diamalkan oleh BN dan Umno ini. "Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Lihat pula bagamana, umno/bn amat cekap dan bijak membazirkan wang rakyat. Menurut beliau rakyat masih ingat bagaimana, umno/bn juga berjaya membazirkan wang rakyat dalam isu pembinaan Zon Bebas Niaga Pelabuhun Klang (PKFZ). Projek yang diselubungi oleh pelbagai kontroversi tersebut menyaksikan pertambahan kos yang meningkat sebanyak RM3.5 billion daripada kos asal.

Tambah beliau lagi “Bukan sahaja Kerajaan gagal menyiasat kegagalan projek tersebut, ia sebaliknya bersetuju pula untuk memberikan pinjaman (soft loan) sebanyak RM4.681 billion kepada Port Klang Authority (PKA). Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan episod ini adalah satu daripada banyak contoh daripada kerajaaan yang mendedahkan konflik kepentingan, rasuah, dan salah pengurusan yang melibatkan ahli politik, ahli perniagaan dan penjawat awam.

Jelas Ustaz Abu Bakar lagi, rakyat disarankan supaya mengundurkan BN-Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang sekiranya Umno masih tidak mahu berundur.

Tambahnya, beliau yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat, BN dan Umno dapat diundurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya DUN Perak tidak lama lagi dan pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," tambahnya.

4 comments:

adf55650 said...

haah...memang zalim.
Masjid2 dirobohkan, jemaah ditembak, sesiapa yang solat kene tahan ISA.
Mana ada UMNO bina masjid. Orang2 PAS solat bawah pokok demokrasi.
PAS tak zalim. PAS hanya kafirkan UMNO shj. DAP boleh masuk syurga. Mursyidulnya lebih percaya pd syaitan utj menang PRU. Fatwa Ulama Ngej dan Ngah lebih sahih dari Harussani.
Kesian Islam.......

Neutral Daily said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

PAS BANGANG said...

PAS telah pun memperbodohkan pengikutnya, dalam zalim2 pun hantar anak sekolah kerajaan, bila nak bersalin hantar hospital kerajaan, bila nak belajar jauh minta biasiswa kerajaan, bila bonus kakitangan awam dialah paling dulu duk depan ATM, bila bisnes korek dari kontrak kerajaan, bila nak sembahyang masuk masjid pembiyaan kerajaan.

Kat Kelantan tu...entah berapa masjid la dibuat oleh PAS...toksah tu, bekalan airnya pun tak mampu diuruskan...

PAS - " Mundur bersama Islam bawaan PAS "

Penyokong PAS lah yang sedang menzalimi diri sendiri..

ada akai tak nak pakai, kalau ada sekalipun letak dalam punggung, pas tu duduk atas otak dalam punggung bila masa nak berkembang...

letih ...letih tengok gelagat orang PAS yang BANGANG itu

MaMa NabIhAh said...

duit yg kerajaan kutip, duit dari taxpayers, memang wajar pun, digunakan untuk rakyat seluruhnya, tanpa mengenal fahaman politik. kalu tak kerana cukai jalan, cukai pendapatan, cukai perkhidmatan 5%, dan lain-lain cukai lagi, malaysia ni takkan maju.

orang bn bayar cukai, orang pas pun bayar cukai, tapi banyak faedahnya dapat kat orang bn. rakyat kelantan miskin cos, royalti minyak tak diberi dan wang dari kerajaan pusat terlalu sedkit. bukan salah pas kalau rakyat yang memilih mereka!

mana-mana kerajaan di dunia ini bertanggungjawab
bina sekolah, hospital dan sebagainya untuk org awam. Rasulullah saw dulu pun masa membangunkan madinah, bukan untuk ansar muhajirin saja, kafir pun guna!

kalau masjid dibuat lawa dan moden, sana sini buat masjid, tapi penggunanya tak ramai, tak guna jugak. masjid tak diimarahkan, jadi hiasan! memang takda akhir zaman....

fikir-fikirkanlah.....

Followers

Video ajijoi

Loading...