Saturday, September 5, 2009

Bandar Ipoh bakal bergegar

Hari ini, Sabtu 5 September 2009, bandar Ipoh bakal bergegar apabila dua insan istimewa akan berkunjung bagi memenuhi acara yang telah dirancangkan.

Insan istimewa tersebut adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden Pas yang akan bersama-sama Ust Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya Pas Perak serta tidak ketinggalan juga Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin bagi menjayakan program Badar Kubro di Surau Al-Ikhlasiyah, Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh bermula dengan berbuka puasa.

Manakala insan istimewa yang kedua pula ialah Dato Seri Anwar Ibrahim yang akan memulakan programnya pada jam 6.30 malam - 8.oo malam dengan tazkirah, berbuka puasa, solat Maghrib di Surau Al-Amaliah, Taman Sentosa, Kampar.

Jam 8.30 - 9.40 malam pula bersolat Isyak dan bertarawih di Masjid Jamek Pekan Gopeng.

Pukul 10 malam berceramah umum di Dewan Too Bow Keong, Jalan Tokong, Ipoh bersama Dr Chua Jui Meng serta 600 ahli MCA, PPP dan MIC yang akan menyertai PKR.

Program terakhirnya iaitu pidato Ramadhan di Surau Nurulhuda Batu 6, Tambun, Ipoh.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke dua-dua program besar PAS dan PKR bagi menggegarkan bandaraya Ipoh.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...