Saturday, September 5, 2009

Haji Hadi bersama Pemuda Pas Perak

IPOH (5.9.09): Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden Pas hari ini berada di Ipoh untuk menghadiri program Badar Kubro bersama Ustaz Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya Pas Perak dan Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin selepas solat tarawih.

Pada sebelah petangnya, Tuan Guru Haji Hadi Awang memberikan ceramah kepada Pemuda Pas Perak didalam program Liqa' Fikri DPP Perak itu.

Ketibaan Tuan Guru Haji Hadi Awang ke Surau Al Ikhlasiyah, Manjoi, Ipoh disambut Pemuda Pas Perak.

Dato Seri Haji Nizar mengiringi Tuan Guru Haji Hadi Awang didalam program Badar Kubro di Manjoi Ipoh.

Tuan Guru Haji Hadi Awang memberikan ceramah mengenai istiqamah dalam dakwah Islam serta jangan mengikut orang-orang yang berputus asa didalam perjuangan.

Antara segelintir Pemuda Pas Perak yang sedang asyik mendengar ceramah Tuan Guru Haji Hadi.

Program Liqa' Fikri buat Pemuda Pas Perak yang bertuah dapat mendengar ceramah daripada Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Tuan Guru Haji Hadi menandatangani sebuah lukisan pemuda Pas.

Lukisan seorang Pemuda Pas mengenai 1 Malaysia.

Tuan Guru Haji Hadi menandantangani buku pelawat Pemuda Pas Perak.

Tuan Guru Haji Hadi mengadakan sidang akhbar.

Bagaimana dengan peluang Pas didalam prk Bagan Pinang, NS?tanya wartawan. Peluang Pas amat cerah, balas Haji Hadi. Cuma Pas perlu mengatasi masalah undi pos yang melebihi 5000 di dun Bagan Pinang, sambung Haji Hadi. Tetapi kali ini, kerusi milik umno/bn yang dipertandingkan, tanya wartawan lagi. Kita telah buktikan keupayaan kita di Kuala Terengganu, kerusi milik umno pun kita boleh menang, tegas jawab Haji Hadi.

Sekarang ini banyak isu yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional yang mengatakan bahawa inilah wajah sebenar Pakatan Rakyat, ujar wartawan menanyakan pendapat Haji Hadi. Kesemua isu tersebut merupakan pendedahan wajah Umno dan Barisan Nasional yang sebenarnya, jawab Haji Hadi. Di dalam isu Kartika misalnya, terserlah bahawa setelah 52 tahun merdeka, umno memang tidak mahu menegakkan hukum Islam, tambah Haji Hadi lagi.

Dato Seri Nizar juga memberikan pendapat beliau mengenai isu semasa yang dimainkan media Barisan Nasional beberapa hari ini.

No comments:

Followers