Friday, September 18, 2009

TAIPING (15 Sept 09) - YB Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping meraikan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Expo, Kamunting.

Majlis Berbuka Puasa ini turut disertai ADUN Pokok Asam, Yee Sue Kai dan ADUN Aulong, Yew Tian Hoe berserta kaum Tionghua dan kelab penyokong PAS Taiping

Program bermula jam 6.30 petang bermula dengan ucapan aluan oleh Ketua PAS Cawangan Kg. Expo, Ustaz Manolito. Disusuli dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Fakharuddin Abd Aziz. Dalam ucapannya beliau menegaskan telah berlaku satu sejarah di Taiping ini penduduk Islam berbuka puasa diraikan oleh orang bukan Islam. Ini menandakan perpaduan yang cukup erat telah dibina sejak Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Manakala dalam ucapan YB Nga , beliau rasa cukup bertuah dan berterima kasih kepada PAS kerana memberi kerjasama yang baik menjemput beliau dan rombongan menghadiri majlis berbuka puasa ini. Ini menunjukan persefahaman antara Islam dan bukan Islam tercapai seperti pemerintahan di zaman kegemilangan Islam dahulu lagi. Turut hadir ialah ketua Kelab Penyokong PAS Taiping , Nali Raja dan wakil wanita DAP .

ngakor

Sambutan amat luar biasa ramai penduduk keluar dianggarkan 500 orang hadir berbuka puasa dan bertemu YB Nga dan pimpinan PAS. Kehadiran kalangan rakyat bukan beragama Islam dan Islam bergabung hadir menjayakan majlis ini telah membuktikan kejayaan Pakatan Rakyat menyatukan perpaduan kaum. Bukan seperti perpecahan yang berlaku dalam Barisan Nasional dimana UMNO, MCA, MIC masing-masing bercakaran antara satu sama lain ujar YB Nga semasa menyampaikan ucapan sebelum buka puasa.

Beliau juga telah mengumumkan akan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai untuk kanak-kanak Islam bagi musim cuti sekolah yang akan datang. Sempena majlis itu YB Nga telah dihadiahkan sebuah terjemahan tafsir Quran dalam bahasa Inggeris oleh PAS cawangan dan disampaikan oleh YDP PAS Ustaz Fakharuddin.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...