Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Batin
Saya, Azizul Nizam Bin Zulkifli, pengendali blog ajijoi.blogspot.com serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI kepada semua pengunjung blog saya tidak kira walau dimana anda berada.
MAAF ZAHIR BATIN juga saya hulurkan dengan menyusun sepuluh jari seandainya ada salah dan silap yang saya lakukan samada saya sengaja ataupun tidak, saya sedari mahupun tidak selama saya menulis di dalam blog ini.
Semoga anda semua bergembira dihari yang mulia ini bersama keluarga. Berhati-hatilah dijalanraya semasa menziarahi sanak saudara serta handai taulan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan serta pengunjung-pengunjung setia blog saya ini. Semoga blog ini dapat menjadi wadah dalam MEMBONGKAR KEMUNGKARAN, MENYINAR KEBENARAN didalam menegakkan daulah Islamiyah dibumi tercinta ini.
Sekali lagi saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya.
Labels:
pendapat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Ajijoi,
Selamat Hari Raya Fitri dan maaf zahir batin. Dan teruskan perjuangan.
salam aidilfitri abg ajijoi sekeluarga..teruskn perjuangan..
Post a Comment