IPOH (13.9.09): Selepas Kg Rapat Jaya, kini Program sekampit beras, sekilo gula meneruskan ekspedisi kebajikan mereka ke Kg Rapat Jaya Tambahan.
Ketua kampung, Haji Abd Wahid Parmin serta rakan-rakan sedang menyiapkan wang raya untuk diberikan kepada penerima bantuan di kampung tersebut.
Seorang OKU yang cacat penglihatan terharu dikunjungi serta diberikan bantuan berupa beras, gula, minyak masak, tepung, susu dan juga wang ringgit daripada Ustaz Radzi Zainon.
Seorang ibu tunggal yang baru terlibat di dalam kemalangan jalanraya berterima kasih di atas bantuan yang dihulurkan.
Peserta-peserta program ekspedisi kebajikan sedang bertandang kerumah salah seorang penerima bantuan tahun ini.
Haji Abd Wahid dan Ustaz Radzi bertanya khabar kepada makcik yang berumur 73 tahun ini.
Alhamdulillah. Segala bantuan yang disumbangkan para penderma berjaya disampaikan kepada golongan sasaran yang amat memerlukan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal nanti.
**Tiada laporan susulan selepas penerima ini kerana saya terpaksa bergegas untuk menghadiri mesyuarat di badan perhubungan negeri.
Mengikut jadual, rombongan ekspedisi kebajikan ini akan menghantar bantuan ke Kawasan Pengkalan Pegoh pula.
No comments:
Post a Comment