Monday, September 14, 2009

Lagi ahli PKR mahu jadi bebas

Seorang ahli jawatankuasa PKR Kota Lukut, Shahrudin Abdul Hamid hari ini tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini.

Kehadirannya ini, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan PAS dan BN.

Bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata beliau mahu bertanding bagi "memajukan industri pelancongan" di Port Dickson.

"Di sini, pelancongan penting. Saya mahu mainkan peranan naik taraf kemudahan di sini. Sekarang tidak nampak (usaha itu)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Bekas pengerusi tetap Umno Kota Lukut itu, sehingga 2004, kini berniaga dalam bidang pengurusan acara.

Shahrudin, 52, pernah bertugas sebagai kakitangan Kamarul, yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, hampir setahun selepas pilihan raya umum lalu.

Shahrudin berkata hasratnya untuk bertanding itu mendapat sokongan penduduk setempat.

"Ada yang bantah. Ada yang sokong. Tetapi banyak yang sokong," katanya, sambil menyifatkan penglibatannya itu nanti sebagai "pertandingan sihat" dan tidak seharusnya menimbulkan sebarang masalah.

Shahrudin juga berkata beliau pernah bertemu dengan Kamarul bagi menyatakan niatnya bertanding bagi pihak PKR tetapi hasratnya ditolak.

-malaysiakini

Ajijoi ~ Apahal dengan ahli PKR ni. Kan dah ditentukan kerusi Bagan Pinang tu akan ditandingi oleh Pas. Kenapa nak kacau?

Apa yang tak puas hati? Bagaimana kalau semua kerusi dun dan parlimen di malaysia yang ditandingi pkr akan ditentang oleh ahli pas sebagai bebas? Bukan ke kebanyakan kerusi pkr tu bertanding tanpa cawangan pun. Orang-orang pas yang bekerja untuk mereka hanya kerana wala' kepada arahan pemimpin?

Maleh le nak komen pasal ahli pkr ni. Buang karen je...

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...