Tuesday, September 15, 2009

Kematian dan kemalangan

Letih sungguh hari ini.

Mana tidaknya. Setiba di pejabat, berita kematian ibu mertua pegawai saya yang sejak seminggu lalu dirawat di wad ICU, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh akibat demam panas sampai ke pengetahuan.

Jam 11.00 pagi, bergegas ke tanah perkuburan Kg Changkat Larang, Lahat untuk menghadiri pengkebumian dan menziarahi keluarga pegawai saya.

Balik ke pejabat jam 1.15 petang menyambung kerja.

Sekitar jam 2.15 petang, handphone berbunyi. Suara terketar-ketar isteri kerana menahan kesedihan menerjah gegendang telinga. Berita sedih kakaknya ditimpa kemalangan.

Terus memohon untuk balik daripada pegawai atasan untuk mengambil isteri menuju ke Hospital Peramaisuri Bainun, Ipoh. Anak-anak kami tinggalkan di rumah mak saya.

Sesampai disana, disambut oleh adik ipar saya Zana dan biras saya Ghani (suami chor) yang sedang menunggu di luar wad kecemasan.

Kakak ipar saya, Zuraini ataupun panggilannya Chor memandu kereta proton wira aeroback bersama anak ketiganya Haziq, 2 tahun untuk mengambil dua lagi anak-anaknya daripada sekolah kebangsaan seri rahmat.

Bertembung secara berdepan dengan lori trailer yang memandu laju dan cuba memotong kereta dihadapannya. Chor tersepit dibahagian kakinya manakala anak kecilnya itu tercampak ke bahagian hadapan tempat duduk penumpang. Nasib baik chor tidak pengsan, lalu menelefon ke rumah maknya yang berdekatan dengan tempat kejadian memberitahukan tentang kemalangan itu dan meminta datang menolong anak kecilnya yang telah tidak sedarkan diri. Hampir pengsan
ibu mertua saya mendengarkan berita malang itu.

Pemandu lori trailer berkenaan melarikan diri dari tempat kejadian manakala kereta yang dipandu chor remuk teruk dibahagian hadapan sehinggakan banyak toll truck yang tidak mahu menarik keretanya ke bengkel. Total lost kata mereka.

Kebetulan jirannya yang juga dalam perjalanan mengambil anak dari sekolah yang melalui jalan itu. Menolong membawakan anak yang pengsan tadi ke Hospital Batu Gajah manakala chor terpaksa menantikan ketibaan pihak bomba dan ambulan untuk mengeluarkannya daripada tersepit di dalam kereta.

Selang hampir setengah jam, bomba berjaya mengeluarkannya dan ambulan membawa chor ke hospital ipoh. Oleh kerana anaknya berada di hospital batu gajah, kami sekeluarga terpaksa membahagi tugas dengan ibu dan bapa mertua saya ke hospital batu gajah manakala adik ipar dan saya suami isteri ke hospital ipoh.

Melalui x-ray yang dibuat, tulang peha kedua-dua belah kaki chor serta tulang di atas lutut kanannya patah. Terpaksa ditahan di wad kecemasan menunggu doktor pakar tulang membuat pemeriksaan serta jenis rawatan yang diperlukan.

Manakala anak kecilnya yang dibawa ke hospital ipoh setelah dirayu ibu mertua saya agar disatukan ibu dan anak tadi, mengalami pendarahan di dalam perut dan mungkin ini akibat luka di bahagian hatinya. Haziq terpaksa dibedah serta merta untuk memberhentikan pendarahan di dalam perutnya.

Bagaimana keadaan mereka setelah kami pulang menjelang waktu berbuka puasa tadi belum mendapat khabar berita. Mungkin Ghani masih sibuk menguruskan hal isteri dan anaknya di hospital. Nantilah, tak perlu diganggu kata saya pada isteri yang begitu risau tentang perkembangan kakak dan anak saudaranya.

Kita doakan mereka cepat pulih dan sembuh serta serahkan segala-galanya kepada yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

5 comments:

ntvirus said...

salam perjuangan

admin,
aliffafnan

http://ntvirus.wordpress.com/

alhusseyn said...

Inna lillahi wa-inna ilai raji'uun.Saya tumpang sedihdiatas kemalangan tersebut.Mujur tidak ada kemalangan jiwa.Sabar menghadapi dugaan tersebut.

anak muallaf said...

Innalillahi wainna ilai hi raji'un.Sabar lah Ajijoi n family.Inilah Allah untuk kita.Buat isteri banyak-banyaklah bersabar.

armouris said...

info tentang organ hati kat sini - Fungsi Organ Hati

ummu saifuddin said...

MOGA DIBERI KEKUATAN DAN KESABARAN MENGHADAPI UJIAN...
SEMOGA TABAH DAN DIBERIKAN ALLAH KESEMBUHAN, INSYAALLAH.
SESUNGGUHNYA SELEPAS KESUSAHAN ADA KESENANGAN.

Followers

Video ajijoi

Loading...