Thursday, September 3, 2009

Ketua NUJ Utusan dibuang kerja

Pemimpin kesatuan wartawan Utusan Melayu (M) Bhd dipecat serta-merta hari ini selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Amran Ahmad, pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan syarikat itu, didapati bersalah 20 Ogos lalu atas beberapa pertuduhan mencemarkan reputasi syarikat susulan tindakannya membangkitkan perbelanjaan kepada suruhanjaya tersebut.

Pertuduhan terhadapnya disandarkan pada kenyataannya selepas ke SPRM seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jun lepas dan juga Harakahdaily, April lalu.

Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro sebanyak RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut.

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" sebanyak RM160,000.

Dalam surat pemecatan yang ditandatangani pengurus besar syarikat itu, Nazlan Othman, Amran dilucutkan jawatan sebagai wartawan Utusan Malaysia berkuatkuasa 3 September.

Difahamkan, wartawan meja jenayah itu dibenarkan merayu dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat berkenaan.

Baca selanjutnya disini

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...