Friday, September 18, 2009

Ulama Palestin bertemu pimpinan Pas Perak

Ipoh, 15 Sept. 09: Satu pertemuan khas telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak di antara Pemimpin PAS dan Shaikh Dr Muhammad Mahmoud As-Siyyam (Mantan imam Masjidil Aqsa). Selain Pesuruhjaya PAS, Ust Abu Bakar Hussein, beberapa pemimpin kanan PAS Perak telah turut hadir dalam majlis tersebut. Antaranya ialah YB Mohd Zainudin Yusof, Ust. Kamaruddin Awang Basir,Ust. Misbahul Munir, Ust Azizan Desa dan kepimpinan Dewan Ulamak PAS Perak.

Shaikh Dr Muhammad Mahmoud menyatakan gembiranya dapat datang semula ke Malaysia dan bertemu dengan pemimpin PAS di sini. Beliau menyatakan pernah datang ke sini sebelum meletusnya perang yang baru lalu dan membawa pulang ke Palestin sejumlah derma yang besar dari rakyat Malaysia yang bersimpati dan prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin yang berjuang untuk membebaskan Palestin dari penindasan negara haram zionis Israel. Sebelum ini beliau telah berada di Indonesia selama hampir 20 hari mengumpul dana dari rakyat di sana untuk dibawa pulang bagi menjana keperluan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau sempat menziarahi Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz dan Menteri Besar Kedah, Ust. Dato’ Seri Azizan Razak. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi makam Almarhum Ustaz Fadhil Nor semasa berada di Kedah. “Rasulullah pernah berkumpul di rumah Al-Arqam dengan beberapa orang sahabat dengan jumlah yang lebih kecil dari jumlah yang kita ada di dalam ruang bilik ini sekarang; tetapi mampu memimpin dan mentarbiahkan mereka hingga membawa kemenangan yang besar kepada Islam,” terangnya.

Beliau turut mendedahkan 3 perkara asas yang merupakan rahsia kemenangan mereka menghadapi Zionis Israel selama ini iaitu ketaqwaan , keimanan dan kesabaran. Beliau telah membacakan ayat akhir surah Ali-Imran yang mafhumnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Selain itu katanya, doa daripada ummat Islam di seluruh pelusuk dunia dapat dirasai oleh para pejuang Palestin. Beliau mendoakan agar pemimpin-pemimpin PAS di Malaysia dipanjangkan umur agar mereka dapat meneruskan memperjuangkan Islam di Negara ini. Majlis berbuka puasa turut disediakan selepas itu dan mereka berpeluang menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan diimami oleh Shaikh Dr Muhammad.

2 comments:

ijoks2009 said...

knp xjumpa PM dulu,ni mesti marah besar Naji nanti ni...

rakan baru said...

buat ape jumpe PM hampeh

Followers

Video ajijoi

Loading...