Friday, September 18, 2009

Dewan Pemuda Pas Perak dijemput berbuka puasa bersama DYTM Raja Muda Perak

KUALA KANGSAR, 13 Sept 09: Dewan Pemuda PAS Perak menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Majlis Berbuka Puasa ini turut disertai Badan-Badan Kebajikan, Belia, Sukan dan Media.

Program bermula jam 6.30 petang disusuli dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, satapan DiRaja, solat Isyak, solat Terawih dan Witir, minum malam dan majlis ramah mesra

Dewan Pemuda PAS Perak yang hadir daripada Jawatankuasa Harian terdiri dari:-

a. Ustaz Zawawi Hassan - Ketua
b. Ustaz Mohd Nur Amin - Timbalan Ketua
c. Salman Saleh - Naib Ketua
d. Dr. Raja Ahmad Al-Hiss - Setiausaha
e. Ahmad Aidi Adam - Penolong Setiausaha
f. Safarizal Saleh - Penolong Setiausaha
g. Zairul Azrun Zainal Abidin - Bendahari
h. Ustaz Mohd Akmal Kamarudin - Ketua Penerangan
i. Mohd Nazri Din - Pengarah Pilihanraya

Kehadiran mereka mendapat perhatian dari pelbagai pihak kerana tampil dengan pakaian seragam Pemuda PAS dengan mengenakan tanda nama serta sampin lambang PAS.

No comments:

Followers