Tuesday, September 29, 2009
Calon 'Recycle' taruhan Umno/BN di Bagan Pinang
Terang lagi nyata Umno/BN tidak mementingkan agama, bangsa dan negara apabila memilih Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Dengan pemilihan Isa Samad, Umno/BN dilihat bagaikan tidak serius dengan masalah rasuah di dalam parti itu. Seolah-olah perbuatan rasuah dibenarkan berleluasa dan penglibatan pemimpin mereka bagaikan sesuatu yang biasa.
Isa Samad yang pernah digantung keahlian Umno selama 6 tahun (kemudiannya dikurang kepada hanya 3 tahun setelah membuat rayuan) oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana didapati bersalah terlibat didalam amalan rasuah.
Pengumuman pemilihan Isa Samad dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.
Sungguhpun sebelum ini, Tun Dr Mahathir telah memberi amaran agar Umno tidak mencalonkan Isa Samad kerana ini akan memberikan gambaran bahawa Umno tidak serius dalam menangani masalah politik wang (rasuah) di dalam negara.
Mungkinkah Umno/BN terpaksa memilih Isa Samad sebagai calon walaupun sedar akan akibatnya kepada parti kerana terdapat ugutan untuk memboikot daripada penyokong kuat Isa.
Labels:
isu semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Anwar Ibrahim - bekas banduan sudah jadi MP
Gobala krishan - rempuh sekatan polis + sepak polis - MP padang serai
Lim Guan Eng - bekas banduan - Ketua Menteri Pulau Pinang
Tian Chua - gigit polis- MP Batu
Mat Sabu -Bersalah Khalwat dengan bini orang
Lim Kit Siang - Pengkhianat negara- jual rahsia TLDM pada Spura- MP Ipoh Timur
Hadi Awang - Ulamak ? kafir mengkafir
berlambak bekas penjenayah dan di undi manusia bodoh seperti PAS/ PKR/DAP...
Lagi apa mau cerita.
Belum lagi Ketua dewan Ulama PAS yang menzalimi Isteri sendiri dah bawak imej PAS sebagai tisu toilet kepada pakatan Rakyat..
Isa Lauk yang akan ditunggu kawan dan lawan. Ia akan dijadikan kerabu untuk hidangan UMNO dan PR. Ini pertama kali UMNO dan PR akan makan semeja
Anwar Ibrahim - tuduhan liwat palsu
Gobalakrishnan - dikasari polis
Lim Guan Eng - dipenjara kerana mempertahankan gadis MELAYU yang dirogol pemimpin MELAYU
Tian Chua - dikasari polis
Mat Sabu - diperangkap dgn khalwat
Lim Kit Siang - tiada pertuduhan dibuat sehingga kini
Hadi Awang - isu kafir ciptaan umno sendiri
tidak perlu menyerlahkan kebangangan dengan senarai putar belit sepertimana media umno
perlukah disenaraikan pula semua salahlaku pemimpin umno dan bn?
tak cukup rasanya ruangan diblog ini untuk senaraikan salahlaku pemimpin umno/bn yang tidak diambil tindakan
Post a Comment