Thursday, August 20, 2009

Umat Islam mula berpuasa Sabtu ini


Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah, tolong abaikan puasa umat Muhammad apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan, dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada),
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri,
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan diaminkan oleh Rasulullah dan para sahabat?

Sempena Ramadhan al-Mubarak yang bakal menjelang ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kesalahan samada yang saya lakukan sama ada saya sedari ataupun tidak, sama ada yang saya sengajakan mahupun tidak, begitu juga dengan tulisan dan juga susun atur blog saya selama hari ini.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan lebih kusyuk, diberkati dan dirahmati Allah SWT, InsyaAllah.



1 comment:

armouris said...

info-info kesihatan tentang puasa kat sini - Pelbagai Info Kesihatan Tentang Puasa

Followers

Video ajijoi

Loading...