Saturday, August 8, 2009

Wartawan Kosmo! berbeza misi


Terdapat beberapa wartawan daripada media arus perdana dan juga maya yang mengikuti misi ke pelantar minyak Cakrawala di perairan laut Kelantan.

Kesemua mereka ini telahpun dijemput dan diberikan taklimat tentang misi untuk memberikan bukti bergambar kepada mata dunia bahawa memang terdapat pelantar minyak di perairan laut Kelantan walaupun telah berkali-kali dinafikan pihak kerajaan dan umno.

Tetapi, rupa-rupanya bukan kesemua wartawan yang ikut serta mempunyai misi yang sama.

Wartawan Kosmo! didalam laporan mereka pada akhbar terbitan hari Jumaat (7.8.09) telah memberikan liputan yang memburuk-burukkan misi yang baik ini.

Ternyata ikut sertanya mereka di dalam ekspedisi ini mempunyai misi untuk mengaibkan kerajaan Kelantan yang ingin mewakili rakyatnya untuk menuntut royalti daripada kerajaan Pusat.

Akhbar Kosmo! yang bernaung di bawah Utusan Malaysia telah diberikan misi sulit untuk memberikan gambaran yang berlawanan dengan tujuan utama ekspedisi itu.

Amalan kewartawanan terkutuk masih menjadi agenda Utusan Malaysia dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan semua kaum dan kestabilan politik dalam negara berada di dalam keadaan kucar kacir. Kononnya, hanya melayu umno yang boleh memerintah negara dengan baik. Satu kepercayaan karut yang masih ditanamkan ke dalam pemikiran rakyat.


Rasakan 'bedilan' Kickdefella dan Perisik Rakyat tentang laporan wartawan Kosmo! ini.

No comments:

Followers