Friday, August 7, 2009

Munafik pro-Isa patut didakwa menipu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA - Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bukan ahli PAS seperti didakwanya tegas Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.

Mustafa menjelaskan semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya dan tiada rekod menunjukkan penyokong ISA itu ahli cawangan Sungai Ramal, Kajang.

"Kami (PAS) telah membuat semakan terhadap senarai daftar ahli dan telah merujuk ke cawangan PAS Sungai Ramal tetapi tiada rekod menunjukkan bahawa penasihat undang-undang Magaran (Mohd Khairul) ini ahli PAS.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS menafikan dakwaan beliau yang mengakui sebagai ahli PAS," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Baca seterusnya disini [klik]

Pengakuan dayusnya sebelum ini [klik]

Ajijoi ~ Memang dasar munafik yang sudah menjadi kebiasaannya menipu. Penasihat undang-undang konon, menasihat ke menipu? Inilah dia perangai orang-orang yang pro-isa.

Patutnya didakwa kerana mengaku sebagai ahli Pas dan sebagai hukuman, letakkan aje dia di bawah isa di Kamunting. Baru dia sedar nak pro ke anti?

2 comments:

pria malaya said...

bukan setakat penyokong bawahan, taraf menteri mereka pun jenis suka cakap berbelit2, merapu..

tengok je contoh kerugian yg dikatakan akibat demo Sabtu lepas...mula2 dakwa RM 200 juta, hari ni kata RM 20 juta, itupun termasuk 'kerugian masa hadapan'..

tu belum ditengok kenyataan sorang lagi menteri Umno, peserta demo dapat upah...hahaha

Perak Melayujati said...

Salam 2 all.
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.......
seterus nya baca di...melayujati

Followers