Thursday, August 27, 2009

PESURUHJAYA PAS PERAK: MEMPERJUANGKAN BN HANYA MENEMPAH SIA-SIA

Perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT. Tetapi ia berlaku sebaliknya pada BN. Perjuangan mereka hanyalah sia-sia. Sekiranya menang, mereka hanya mendapat habuan dunia, sekiranya kalah, mereka akan menanggung derita dan penyesalan sehingga akhir zaman, tegas Ust Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya Pas Perak.

Beliau juga menyatakan bahkan perlakuan buruk umno/bn merampas kerajaan Perak sebelum ini juga hanyalah sebagai habuan dunia yang sementara. Mereka pasti akan jatuh semula, kerana roda sunnatullah itu berputar. Mereka akan rugi sekiranya mengalami kekalahan, tetapi perjuangan Islam tidak akan rugi walaupun kalah.

Bagi beliau juga Keputusan pilihanraya Permatang Pasir semalam sudah menjadi jangkaan bagi BN. Mereka sudah pun tahu kekalahan mereka. Zahid Hamidi berkata bahawa pilihanraya tersebut menunjukkan bahawa BN berjaya masuk di dalam kawasan hitam, sedangkan ia cuma hendak menyedapkan hati sesudah dikalahkan.

Menurut beliau lagi tarikh 4 Ramadhan telah menyaksikan bahawa perjuangan itu tidak mengenal letih, penat dan lapar. Bahkan, Perang Badar sendiri berlaku ketika Bulan Ramadhan. Timbul di dalam benak kepala kita, kenapakah mereka yang bermusafir dirukhsahkan dengan dibenarkan berbuka, sedangkan ketika perang ia tidak pula dirukhsahkan?

Bagi beliau persoalan ini hanya dapat dijawab oleh mereka yang mengenal erti perjuangan. Bahkan sekiranya perjuangan itu bukan di bulan puasa sekali pun, mereka sudah pun dilatih dengan kekurangan bekalan makanan. Perjuangan itu bukanlah penyelusuran di atas hamparan karpet, tetapi ia penuh dengan cabaran.

Adakah BN ingin mendapatkan kemenangan dengan menghamparkan karpet di hadapan mata pejuang-pejuang mereka? Bahkan, perjuangan mereka itu adalah sia-sia, sekalipun mereka menerima ujian. Wahai orang yang beriman, kita perlu tahu bahawa BN juga mengalami kesakitan dan keperitan untuk menghadapi PR. Oleh itu, kita tidak perlu risau sekiranya kita diuji, kerana mereka juga mengalami perkara yang sama.

Sempena bulan yang mulia ini beliau menyarankan agar seluruh rakyat Malaysia meningkatkan keazaman dan komitmen mereka dalam agenda menumbangkan kerajaan zalim umno/bn.

Sumber dari

Mohd Hafez Sabri

(Pegawai Khas Pesuruhjaya PAS Perak)

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...