Saturday, August 22, 2009

Tazkirah Ramadhan Ust Abu Bakar


Alhamdulillah. Malam ini bermulanya ibadah solat tarawih dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.

Dan malam tarawih pertama ini lebih diserikan lagi dengan kehadiran Ust Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya Pas Perak ke Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh yang telah mengimamkan solat Isyak, diikuti dengan solat Tarawih serta menyampaikan tazkirah di pertengahan Tarawih.

Di dalam tazkirahnya, Ust Bakar telah menekankan betapa kemuliaan bulan Ramadhan ini bagi umat mensucikan jiwa selari dengan Rukun Islam yang lainnya. Mana mungkin jiwa kita tidak dapat disucikan bermula dengan dua kalimah syahadah, ibadah solat, puasa, zakat dan menunaikan haji. Jika kesemua rukun ini dijadikan amalan, sudah pasti penyucian jiwa akan berlaku.

Ramadhan kali ini juga tiba tatkala wabak selsema babi menular ke serata tempat. Dengan melakukan ibadah puasa, wabak ini dapat dijauhkan jika amalan puasa termasuklah puasa sunat dijalani dengan penuh ketakwaan kepada Allah.

Di Arab Saudi menurut Ust Bakar, tiada kedengaran kes selsema babi ini kerana amalan puasa sunat mereka serta pemakanan seperti Habbatus Sawda dapat menangkis wabak selsema babi ini.

Seterusnya Ust Bakar mengupas ayat yang menganjurkan puasa sepertimana dibaca beliau di dalam solat Isyak tadi.

Cikgu Omar sedang memberikan sedikit taklimat daripada pihak Surau Al-Ehsan mengenai program Ehya Ramadhan sepanjang bulan puasa ini sebelum bermulanya solat tarawih.

No comments:

Followers