Sunday, August 16, 2009

Demam Hakim

Anak lelaki saya, Azizul Hakim yang mengalami demam, batuk dan selsema masuk hari ketiga hari ini agak merisaukan saya dan isteri. Biasanya apabila makan ubat, 2 hari baiklah demamnya.

Dia saya bawa ke klinik untuk menerima pemeriksaan dan rawatan daripada doktor. Risau juga tentang wabak merbahaya yang menular ganas hari ini.

Klinik dipenuhi dengan pesakit yang pelbagai. Hampir 2 jam menunggu baru mendapat peluang untuk bertemu dengan doktor.

Alhamdulillah. Menurut doktor, dia cuma mengalami demam biasa. Jika masih berlarutan selama 2 hari lagi walaupun telah diberikan antibiotik, perlu dibawa semula ke klinik untuk rawatan lanjut.

Sewaktu membayar di kaunter, saya minta face mask daripada jururawat. Nak berapa? tanyanya. 2 aje, balas saya. Dua ringgit, katanya. Hampeh. Kena bayo, ingatkan klinik bagi face mask free aje pada pesakit. Memang betullah face mask hari ini menjadi komoditi berharga yang boleh menjana pendapatan. Kalau nak berjimat, ikut cara ini [klik] untuk membuat face mask sendiri.

3 comments:

Pemburu Syahid said...

Salam...

Semoga bakal mujahid itu cepat sembuh.Ameen.

al-brangi said...

salam,

didoakan semoga cepat sembuh. Amin.

Azizul Nizam said...

Terima kasih. InsyaAllah. Semangatnya kuat. Amin.

Followers

Video ajijoi

Loading...