Thursday, August 27, 2009

Gadis mati terjun kuarters polis

Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai akibat terjun dari bangunan tiga tingkat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Kwek Lee May berasal dari Taman Chandan Puteri di sini ditemui mati dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan pada pukul 8 pagi.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya di sini.

Abdul Ghafar berkata, tiada sesiapa yang melihat wanita itu memasuki kuarters dan hanya mengetahui ada seorang wanita terbaring berlumuran darah oleh beberapa penghuni kuarters berkenaan.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh diri, katanya.

Punca wanita berkenaan berbuat demikian sedang disiasat. BERNAMA

Ajijoi ~ Apakah akan berulang kes seperti Teoh Beng Hock? Atau perlukah bangunan pihak keselamatan dibina setingkat sahaja? Perlukah polis juga disiasat seperti sprm? Perlukah diadakan inkues?

1 comment:

massmerah said...

Ya, kena buat inkues lagi. Kerana yang mati tu berbangsa cina. Kalau Melayu tak apalah.

Kerana dia berbangsa cina maka kena ambil beratlah, india pun sama, Mekayu tak apa-apalah.

Rasa saya seluruh ahli kuarters itu kena jadi saksi dalam inkues itu. Baru adil.

Peguam-peguam terkenal dok buat apa lagi, samanlah kerajaan Malaysia dan mintalah pampasan banyak-banyak atas kematian itu. Anda semua bukankah pandai bermain dengan undang-undang.

Saman jangan tak saman.

Buat inkues jangan tak buat.

MASSMERAH

Followers

Video ajijoi

Loading...