Friday, August 21, 2009

Bloggers Pas Perak mewakili solidariti suara rakyat - PJ Pas Perak

Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk merasmikan program santai bersama bloggers anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak.Program yang dianjurkan ini banyak memberi manfaat dan panduan kepada bloggers PAS khususnya bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

Kita perlu memahami bahawa penulis blog adalah seorang manusia yang gemar berinteraksi dengan masyarakat dan suasana, memberikan respon pada fenomena atau gejala yang berlaku pada persekitaran dan dunianya, serta membentuk pandangan dan membina ideanya dalam penulisan. Individu penulis adalah insan diam tetapi bergerak. Mungkin tampak senyap dan diam, tetapi ghairah dan mendesak-mendesak dalam dunia mata pena yang lebih tajam daripada pedang. Golongan bloggers PAS mewakili ummah atau masyakat untuk menyuarakan hati mereka dan berkongsi maklumat yang benar dengan mereka, Bloggers PAS Perak khususnya seumpama mewakili solidarity suara rakyat di Perak, mereka akan sentiasa membawa wadah-wadah kebenaran dan keintelektualan pada pada tulisannya Sebagai renungan, menulis adalah satu jihad yang harus dimaklumi andai rasa tanggungjawab itu saban hari mengasak jiwa dan sensitiviti sebagai umat Islam sentiasa segar dalam roh mukmin.

Menyedari betapa pentingnya aktiviti penulisan di dalam mencorak pemikiran, keyakinan dan budaya seseorang individu dan masyarakat, maka PAS Perak bergerak kearah memperkasakan lagi aktiviti penulisan sebagai salah satu medan dakwah yang penting. Saluran jihad penulisan ini perlu digarap secara lebih agresif dan professional. Malah medan ini perlu diceburi oleh para pendakwah secara lebih kreatif, produktif dan bersistematik., dan perlu difahami bahawa kemahiran menulis ini perlulah dimiliki oleh golongan yang ingin menggagaskan Islam kepada masyarakat.

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Lujnah Penerangan PAS Perak,kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya, teruskan perjuangan.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

1 comment:

ZAID SAHLAN said...

Kelebihan bercucuk tanam ( tazkirah dari Tn Guru Nik Aziz) Sila layari :http://15malaysia.com/films/the-tree/

Followers