Friday, August 14, 2009

Edge Wang End Wang


Wabak H1N1 ataupun nama glamernya selsema babi semakin menggila babi. Setakat hari ini telah 56 nyawa melayang akibat serangan penyakit ini.

Di pejabat saya, kesedaran tentang bahayanya wabak penyakit selsema babi ini amat rendah sekali. Tiada siapapun yang ambil kisah untuk mengambil tindakan pencegahan daripada penyakit ini. Kelmarin, saya pakai tutup muka (face mask) seharian semasa bekerja. Ada yang ketawakan saya dan ada juga yang memerli dengan gelaran ninja turtle, transformers dan sebagainya.

Tapi apabila pihak majikan menyaksikan keadaan saya yang bertopeng muka seharian bekerja, mereka mula membeli topeng muka dan juga cecair pencegah kuman untuk para pekerja.

Semalam, barulah ramai yang mengikuti jejak langkah saya memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga. Aapatah lagi dikhabarkan seorang daripada pekerja kami telah dikuarantin seluruh keluarganya akibat batuk yang kuat tanpa henti. Baru ada akai, bisik hati saya kepada mereka-mereka yang pada mulanya mengejek saya.

Ada kawan bertanya, mengapa kerajaan tidak berbuat apa-apa? Tidak mengisytiharkan keadaan paras bahaya agar rakyat lebih peka dan berhati-hati?

Jawab saya kepadanya mudah, bukankah kerajaan Malaysia ialah kerajaan perniagaan. Segala-galanya hendak diniagakan. Sehinggakan nyawa rakyat juga jika boleh mahu diniagakan. Mereka bimbang andainya diisytiharkan keadaan negara berada diparas bahaya, perniagaan dan ekonomi negara akan terbantut. Kerana WANG lebih penting daripada nyawa.

Kerana itu topeng muka (face mask) keperluan rakyat untuk mencegah daripada jangkitan wabak ini tiba-tiba menjadi begitu mahal sehinggakan harganya melebihi dua kali ganda serta sukar didapati.

Malaysia kini berada di tangga ke-5 negara yang paling ramai kematian (mengikut polarisasi dan jumlah penduduk negara).

Sehingga berapa ramaikah lagi yang perlu mati akibat wabak selsema babi ini untuk kerajaan bertindak agresif mencegahnya?

Tengku Mahkota Pahang juga mula mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap isu wabak ini.

Kelewatan kerajaan bertindak telah menyebabkan 40% kes kematian berpunca daripada lewat dirawat.

Janganlah rakyat diumpamakan sebagai babi yang selsema. Dibiarkan menunggu mati. Kerana WANG perlu diutamakan lebih daripada segala-galanya.

2 comments:

Briged Akhdor LR2 said...

sy pernah masuk dlm ofis sedara..

阿年 said...

Bang ZUL, I sokong abang Zul, patutnya pihak Bank mempunyai kesedaran dari awal lagi sebab hari2 kaunter2 bank berdepang dengan orang ramai, manalah tau customer mana yang bawa wabak sial tu....

Followers