Monday, August 24, 2009

Rumah Perak N11 Permatang Pasir akan pastikan Umno/BN kecundang

Permatang Pasir (24/8/09): Rumah Perak bagi N11 Permatang Pasir, mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat. PAS Perak akan memastikan umno/bn tumbang di Permatang Pasir, jentera PAS Perak akan sentiasa memastikan yang terbaik untuk kemenangan calon PAS di Permatang Pasir.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain,“ Umno/Bn sememangnya sudah ditolak rakyat Permatang Pasir, rakyat Permatang Pasir akan memastikan majoriti kemenangan calon PAS kali ini lebih besar dari yang lepas, saya yakin dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada pejuang Islam yang mana bantuan Allah SWT ini pernah diberikan pada para Rasul dan para Nabi serta para sahabat radhiallahhuanhum sebelum ini.” jelas beliau.

Menurut beliau lagi PAS Perak yakin Pakatan Rakyat mampu menjadi pengantara dalam menyalurkan komitman kerajaan negeri kepada rakyat khususnya di Permatang Pasir.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...