Sunday, August 23, 2009

Bekam lintah di Poliklinik Taqwa

Polklinik Taqwa yang terletak di Ampang, Ipoh kini menawarkan khidmat perubatan alternatif bekam yang menggunakan lintah.

Lintah-lintah yang diternak sejak awal tahun ini telah berupaya untuk melakukan bekam bagi membuang darah kotor daripada badan.

Antara penyakit yang boleh dibekam adalah
  1. Resdung, Stress, Gout,
  2. Darah Tinggi, Darah Rendah,
  3. Kencing Manis, Sakit Lutut/Sendi,
  4. Bengkak Anggota Badan,
  5. Barah Buah Dada, Senggugut,
  6. Kebas Kebas Anggota Badan,
  7. Sakit Belikat, Sakit Betis,
  8. Sakit Lutut, Bengkak, Bisul,
  9. Buang Darah Kotor, Sakit Kusta
  10. Jerawat Muka & Badan
Dua remaja ini sedang menjalani rawatan bekam lintah untuk masalah jerawat mereka.

Lintah-lintah yang diternak di dalam tangki.

Kangkung digunakan sebagai tempat pembiakan lintah.

Isteri Dr Khairuddin sedang mengawalselia rawatan yang dijalankan kepada masalah jerawat yang kronik remaja ini.

Lintah-lintah yang telah menjalankan 'tugas' akan dikuarantin sebelum kembali ke dalam tangki peliharaan.

Lintah-lintah ini akan dibiarkan menghisap darah kotor pesakit sehingga ia sendiri melepaskan gigitannya (lebih kurang 2 jam). Jumlah lintah yang digunakan pada satu-satu masa bergantung kepada keadaan penyakit yang dirawat. Dalam keadaan masalah jerawat remaja ini, sebanyak 14 ekor lintah digunakan. Dan bayarannya bergantung kepada bilangan lintah-lintah yang digunakan.

Bekas bekam selepas lintah selesai 'tugasnya' meninggalkan kesan seperti lebam. Itu adalah bekas darah kering yang bercampur dengan enzim (lendir) lintah. Kesan ini akan dibersihkan kemudiannya dan hanya sedikit lebam gigitan lintah berbentuk segitiga yang akan tinggal untuk sehari dua.

Apabila ditanya kepada adik-adik ini, sakitkah digigit lintah-lintah itu? Tidak, jawab mereka. Hanya sedikit gatal sahaja.

"Bolehkah berbekam pada bulan puasa ini?", tanya saya kepada isteri Dr. Khairuddin. "Boleh, jawabnya. Kami telahpun merujuk perkara ini kepada alim ulama termasuklah Dato' Dr Harun Din."

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bekam lintah ini, sila hubungi Poliklinik Taqwa di talian 05-3134099.

9 comments:

AnTi AljUbuRi said...

nampaknya semua penyakit dah boleh diubat dengan menggunakan lintah.. Darah tinggi, kencing manis, barah, gout sampai ke penyakit kusta pun boleh diubat ...sudah terlalu hebat ... hanya dengan beberapa ekor lintah ... tentu orang PAS akan lebih sihat!!

Yang tak ada ubatnya ialah .. mati!!

Mungkin boleh dibuat experiment .. sama ada lintah boleh membuang penyakit taksub!!??

Anonymous said...

sy dh bekam...lbih kurang 19 jam darah x brhenti kuar...kuarnya laju lak tu...adakan ini perkara biasa???????????boleh tuan bagaitau ckit?

Unknown said...

Nk tnye..msih beroperasi?

Unknown said...

Salam Tuan Klinik Taiwan
Masih beroperasi? Saya mencari perkhidmatan bekam lintah di ipoh
No saya 0193877708
Saya memerlukannya dengan segera utk penyakit gaot saya

Unknown said...

Klinik Taqwa

Unknown said...

Klinik Taqwa

Unknown said...

assalamualaikum.... nme sy eja... sy nk tnye poliklinik nie kt mne eak..?? sy nk bwk mak sy coz die ad masalah bengkak kt mate... cm bisul cm tu... smp skt kpale yg agak kronik... sy cuba cri nombor telefon tp xde pon... cm ne sy nk contact.. mohon kerjasama...

Unknown said...

Masih buat lagi ke bekam lintah ni...berapa sekor..

Unknown said...

Masih beroprasi lg ke..?

Followers