Tuesday, August 25, 2009

Muhyiddin salahkan pengundi Permatang Pasir

Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

"Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Pas beliau berkata isu melibatkan calon yang dieksploitasi pembangkang juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Baca lagi disini

Ajijoi ~ Kesian dia. Takde sapa pun yang nak jadi anak emas dia. Tak patutlah disalahkan para pengundi pulak. Lain kali cari la calon yang bersih sikit.

Oh, sori. Saya tersilap. Mana nak cari calon yang bersih dalam umno....ye dak?

No comments:

Followers