Friday, August 7, 2009

Zambry takut pemuda demo di stadium


Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak.

-harakahdaily

Ajijoi ~ Siapa Zambry? Oh ya, pak itam yang mengaku mb perak tu. Dah lupa la kat dia. Sebab dah lama tak keluar cerita pasal dia.

Nak keluar cerita macam mana? Apa kerja pun tak boleh nak buat. Semuanya menemui jalan buntu yang hanya membawa kepada pembubaran dun negeri Perak dan seterusnya pilihanraya negeri pada ........... (opps, tak boleh nak bagitau tarikh tu lagi, tungguuuuu)

1 comment:

Laksamana Parang Pedang said...

bagus la ko punya gerakan subersif... ko nak bambu zambry.. ko tak kenal Chan Ah Chong lagi.
-penyangak melayu
-perompak hasil perak
-peminta sedekah yang bulor
-orang cina yang bertopengkan melayu
-PAS : pandai aku sapu
-barua kepada ngok ngek

nak aku detailkan lagi? ada banyak...(rahsia)

Followers