Monday, August 24, 2009

'Pengundi hantu PAS' punca kecoh



Gara-gara sepanduk, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini sedikit tercemar dengan kekecohan antara kedua-dua penyokong PAS dan BN.

Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di Bukit Mertajam dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan "Awas!!! Pengundi Hantu PAS" yang digantung BN di bilik gerakan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Norman Zahalan mendakwa kekecohan berlaku apabila penyokong PAS, yang berada di markas mereka yang terletak bersebelahan bilik gerakan BN, mengambil sepanduk itu.

"Mereka datang ke kawasan kami dan mengambil satu daripada tiga sepanduk yang kami gantung itu sambil mengeluarkan kata-kata yang kesat," katanya ketika ditemui di Bukit Mertajam.

Perang mulut yang mula tercetus kira-kira pukul 1 tengah hari itu menjadi semakin kecoh apabila pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3 petang dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk berkenaan.

Penyokong BN, yang tidak berpuasa hati, meminta sepanduk mereka dipulangkan tetapi tidak dilayani penyokong PAS dan kekecohan yang berlarutan itu reda apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lalu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.25 petang turun dari kenderaaanya dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk yang masih tergantung.

Kekecohan itu menyebabkan kesesakan lalulintas dari simpang tiga Sama Gagah ke Jalan Permatang Pauh.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya ketika dihubungi berkata, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dan perkara itu telah selesai. BERNAMA

Jawapan SPR kepada isu Pengundi Hantu Khairy

No comments:

Followers