Sunday, August 9, 2009

Pertandingan bolasepak 9 sebelah Pemuda Pas Gopeng


GOPENG (9.8.09): Pemuda Pas Gopeng telah menganjurkan pertandingan bolasepak 9 sebelah di antara pemuda di cawangan-cawangan di dalam kawasan Gopeng.

Padang Taman Sg Raia, Gopeng telah dipilih sebagai lokasi yang menyaksikan persembahan hebat daripada 5 pasukan yang hadir bersama-sama 'ayam tambatan' masing-masing bagi merebut piala yang disediakan. Perlawanan dijalankan secara liga.

Pasukan yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan pertandingan ini adalah daripada Taman Sg Raia, Rapat Setia, Gopeng, Sg Rokam dan Batu Gajah.

Nadzrul selaku penganjur telah menjalankan tugasan yang baik untuk
memastikan pertandingan hari ini berjalan dengan lancar.

Taklimat disampaikan kepada perserta-peserta.

Ketua Pemuda Gopeng, Sdr Mohd Zaizi merasmikan pertandingan.

Bacaan doa sebelum memulakan pertandingan.

Melakukan persediaan sebelum ke tengah padang.

Pemuda Pas Rapat Setia

Pemuda Pas Taman Sg Raia

Bergambar beramai sebelum perlawanan pertama dimulakan

Pemuda Pas Gopeng

Pemuda Pas Batu Gajah

Pemuda Pas Sg Rokam, team campuran

Perlawanan antara Rapat Setia (merah) dan Taman Sg Raia (putih)

Gopeng (hijau-putih) vs Sg Rokam (t-shirt sendiri)

Goli gelecek tiang gol ke? Lepas gian kot...

Gol bergaya Batu Gajah (kuning). Bola kelain, goli kelain...

Aksi hebat kedua-dua pihak

Hayun yob, hayun...

Team Batu Gajah. Coach, Manager dan Penasihat

YB Dr Lee Boon Chye turut singgah menyaksikan perlawanan

Alang-alang dah singgah tu...kena la hulur-hulur sikit.
Berapa dalam tangan penganjur tu?

Alamak, lutut ni buat hal la pulak. Nasib baik ada medic terjun

Bawak lagi, bawak lagi..jerit dari luar padang. Cakap senang le yob.
Meh main tengok...

Macam gerak silat je. Terbang tu yob...

Pemain kembar Rapat Setia

Macam mana boleh lepas bola tu senang-senang jer? tengok perut la yob...

Score yob, score...dah lama tak main ni...skill boleh tahan lagi

Timbalan YDP Pas Gopeng, Sdr Radzi Zainon singgah meninjau suasana pertandingan

Perlawanan akhir di antara pasukan Taman Sg Raia dan Batu Gajah berkesudahan seri 1-1. Pemenang ditentukan oleh penalti yang mana mengangkat pasukan Pemuda Pas Taman Sg Raia sebagai juara pertandingan 9 sebelah anjuran Pemuda Pas Gopeng ini.

Tahniah kepada pasukan Pemuda Pas Taman Sg Raia di atas kemenangan ini.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...