Thursday, August 27, 2009

Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, polis diarah bayar gantirugi


Mahkamah Tinggi Kuantan mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.

Hakim pada penghakimannya juga memberitahu, perhimpunan pada ceramah terbabit adalah aman dan tindakan polis menyerbu dan membuat tangkapan adalah satu pencerobohan dan telah mengakibatkan kekecohan.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...