Saturday, August 22, 2009

Rohaizat terlupa berbini dua


Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai "Rafizah Mohd Ali", seperti didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Nasrudin mendakwa Rafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Rafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya."

Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (C) di Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu "satu pembohongan semata-mata".

"Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Rafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya.

Pendedahan tentang isteri kedua Rohaizat

1 comment:

Unknown said...

Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her

hahaha...that rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…godaan dah ditolak mentah-mentah pastu nak mereka-reka cerita yang kononnya Rohaizat dah ajak dia kawin sebab terlalu tergila-gilakan Rohaizat…siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…aparrrah korang semua ni pegi pecaya pulak! Itu fitnah semata-mata!

Followers