Sunday, August 16, 2009

Menghina Jalur Gemilang?

ANAK-ANAK ahli Rukun Tetangga Brickfield di Kuala Lumpur, mempamerkan semangat kemerdekaan dengan memakai baju Jalur Gemilang ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan pada Karnival Brickfield Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan ke-52 di Kompleks Persatuan Orang Buta di sini, hari ini.

Ajijoi ~ Setahu saya, bendera Malaysia tidak boleh dipakai sebagai baju.
Ianya dikatakan menghina Jalur Gemilang tersebut.

Tak tahulah pulak semenjak 1Malaysia ni, dibolehkan.

Dulu, heboh diperkatakan apabila ada artis yang menjadikan bendera Malaysia sebagai pakaian mereka. Tambahan pula Nasha Aziz (gambar
sebelah) menggunakan jalur gemilang untuk berpakaian seksi.

Asalkan jangan pihak pembangkang yang berpakaian bendera ni, heboh nanti satu Malaysia. Kickdefella mempunyai pengalaman dengan bendera Malaysia yang diterbalikkan.

No comments:

Followers