Monday, August 17, 2009

Tiada apa yang istimewa tazkirah Zambry

Maaf, gambar gelap kerana subjeknya memang gelap. Faham ke tak ni? Tak faham sudah...

Tazkirah yang disampaikan Zambry di Masjid Ibnu Sina, Pengkalan Pegoh, Ipoh malam ini tiada apa yang menarik dan istimewanya.

Program Ceramah Agama sempena Ramadhan anjuran Umno ini membawakan Ust Haris Fadilah sebagai penceramah utama manakala Zambry dijemput memberikan sepatah dua kata (menurut kata pengerusi majlis) sebelum ceramah bermula.


Dengan tasbih ditangan, Zambry hanya mengulas tentang kelebihan Ramadhan antaranya diturunkan 4 kitab kepada para Nabi, bulan mensucikan diri dan juga pengalaman kawan doktor benggalinya berpuasa.

Berulang kali dia bertanyakan kepada Ust Haris samada yang disampaikannya itu betul atau tidak. Tiada hebatnya jika dibandingkan dengan tazkirah MB Perak yang sah (baca: Nizar).

Kehadiran ramai daripada luar kariah masjid dengan berbaju melayu dan bersampin menampakkan seolah-olah program tersebut berjaya.

Agak sedih juga apabila program yang ingin menyeru kepada menyembah Allah tetapi polis yang ramai berkawal keliling masjid hanya berdiri kosong apabila jemaah menunaikan solat Maghrib.
Mereka berkawal daripada apa? Bala?

Wallahu aklam

5 comments:

Pemburu Syahid said...

SALAM....

KALDAI AKAN TETAP KALDAI WALAUPUN DIPAKAIKAN JUBAH DAN SERBAN.

MUNAFIK AKAP TETAP MUNAFIK WALAUPUN TASBIH DI TANGAN.

lann-b said...

berundurlah wahai mb rayuan oi. rakyat perak dah muak dengan lakonan anda. bubarkan dun, mungkin ini dapat mengembalikan karier politik anda. kerajaan anda pun telah tiada dana untuk mengurus perak tiba penghujung tahun ini!

cicitHJHASSANu said...

biar mb haram j buat rodshow
ramadan kt seluruh perak...
biar rakyat nilai mana intan
mana arang....

SyawaL said...

Maksudnya taskirah beliau adalah benar, cuma pengamalannya yang tidak.....

leman2580 said...

org umno jer yg dengar dia tazkirah...org kampung pakat blah bila dia bg ceramah...jamuan pun org kg x mkn....org umno jer yg byk...time hari biasa 2 saff jer...tu pun org tua jer...

Followers

Video ajijoi

Loading...