
Projek Amal Komuniti Rapat Setia memberikan bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung bazaar Ramadhan Rapat Setia setiap hari bermula jam 5 petang.

Projek ini yang dibiayai daripada sumbangan orang ramai menyediakan bubur lambuk yang diberikan secara percuma.

Program tahunan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan bubur lambuk ini.


Ramuan secukup rasa melazatkan lagi bubur lambuk ini.

Bawang goreng, lobak merah, daging cincang dan daun sup pelengkap bubur lambuk.

Bubur lambuk yang siap dimasak diisikan kedalam bekas plastik.

Pengunjung bazaar Ramadhan yang menantikan giliran untuk mendapatkan bubur lambuk percuma.


Silalah berkunjung ke tapak Bazaar Ramadhan di Rapat Setia untuk mendapatkan bubur lambuk secara percuma.
1 comment:
salam
rase nak balik romah mertue kat gunung rapat nak merase bubur lambuk kome
Post a Comment