Sunday, August 16, 2009

MIC ketandusan pemuda

Had umur Pemuda MIC dilanjut 40 kepada 45 tahun

KUALA LUMPUR: Had umur bagi menjadi ahli Pemuda MIC serta pemegang jawatan dalam sayap kanan parti itu akan dilanjutkan daripada 40 tahun kepada 45 tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertainya, kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, hari ini.

Beliau berkata melalui langkah itu MIC akan mempunyai lebih ramai anggota muda serta mampu menyediakan pemimpin pelapis.

Katanya, sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan pada perlembagaan MIC telah menyiapkan laporannya untuk dibentangkan pada Persidangan Perwakilan MIC ke-63 pada 12 September untuk mendapatkan kelulusan perwakilan.

“Usaha ini penting supaya MIC bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di mana lebih dua juta pengundi baru dari golongan muda dijangka mengundi buat pertama kalinya,” katanya ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC ke-63 di sini.

Walaupun Samy Vellu tidak menyatakan rasional melanjutkan had umur Pemuda, tetapi menurut seorang pegawai MIC, ia adalah berdasarkan kepada fakta bahawa wujud Pergerakan Putera dalam MIC sekarang yang juga mensasarkan golongan muda.

Samy Vellu juga berkata permohonan keanggotan dalam MIC akan diperluaskan melalui ’online’ selepas mendapati ramai golongan muda dan berpendidikan tinggi yang ingin menjadi anggota mendapati sukar berbuat demikian kerana beberapa halangan tertentu. - Bernama

Ajijoi ~ Mana boleh macam ini, ane. Kita worang pun dalam pemuda sampai umur 40 tawun saja. Kalo ini macam, itu Mat Bawang sama Zainal Gumuk still kira pemuda lagi la.

Kira ini macam la ane. Pemuda MIC tak payah taruh had wumur. Ini macam kalo, suma pun kira pemuda apa. Ane pun bule jadi Ketua Pemuda MIC pasal itu jawatan Presiden MIC banyak worang sudah mau lawan. Kasi sama diaworang la. Ketua Pemuda MIC banyak tanggachi suka o...


Mana suma worang muda India suda pigi? MIC tada worang muda la woi....

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...