Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.
Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".
Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.
Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.
Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.
Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.
Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.
DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.
Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.
Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.
Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.
"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.
"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.
Pas yakin menang di Permatang Pasir
1 comment:
Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.
Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.
Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.
Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.
Post a Comment