Saturday, August 1, 2009

Suasana di Masjid Negara jam 9.30 pagi

9.30 pagi. Saya kini berada di Masjid Negara bersama ramai lagi yang datang dari segenap pelusuk negara sejak subuh lagi tadi.

Ada yang sampai di sini semenjak malam tadi dan bermalam di masjid ini. Suasana di sini tenang dengan orang ramai berlegar-legar sekitar masjid manakala pihak polis awal-awal lagi telah berada di sekeliling masjid.

Baru sebentar tadi kami dihalau oleh polis untuk mengosongkan tingkat atas masjid.

Khabar yang diterima Masjid Jamek telah dikunci oleh polis. Begitu juga di Sogo.

Sekatan jalan ke tempat-tempat perhimpunan juga sedikit sebanyak menyukarkan lalu lintas. Laporan seterusnya akan menyusul kemudian.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...