Saturday, August 1, 2009

Masjid Negara ditutup

Masjid Negara kini telah lengang daripada orang ramai apabila polis menghalau semua yang ada di dalam dan sekitar kawasan masjid jam 10 pagi tadi. Sehinggakan kawasan luar pagar masjid juga habis dihalau.

Beberapa orang telah ditahan dan dibawa dengan trak polis.

Strategi polis kali ini adalah menghalang orang ramai daripada berkumpul.


Polis mengarahkan semua agar tidak berada di tingkat atas masjid.


Pasukan polis yang berlainan pula menghalau orang ramai
agar meninggalkan kawasan masjid.

Saudara ini akhirnya tertangkap juga setelah puas dikejar oleh polis
dengan menggunakan motosikal. Dia dikatakan telah mengeluarkan
perkataan kasar kepada polis dan maklumat yang diterima,
dia tidak dibebaskan bersama-sama orang tahanan yang lain di
Kompleks FRU Cheras.


Antara yang ditahan kerana lambat keluar dari kawasan masjid.

Helikopter polis yang senantiasa berlegar di udara kawasan sekitar

perhimpunan daripada pagi sehinggalah lewat petang.

Antara wartawan yang membuat liputan termasuklah daripada luar negara.

No comments:

Followers