Monday, August 3, 2009

Pemuda Pas Perak sepakat desak bubar Dun


Pemuda Pas Kawasan Gopeng



Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya Pas Perak

Ust Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya Pas Perak


Dato' Seri Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak





Saudara Shamsul Iskandar, Ketua AMK Parti Keadilan



Ust Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat

Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda Pas Pusat



YB Drs Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan Pas Perak

BAGAN SERAI (3.8.09): Himpunan Pemuda Pakatan Bubar Dun Perak mencapai sasaran kehadiran apabila lebih 5,000 pemuda seluruh Perak membanjiri Dewan Haji Wahab Nor, Masjid Tinggi.

Himpunan ini bertujuan mendesak pembubaran DUN Perak dan melancarkan gerak kerja pemuda menghadapi pilihan raya.

Pelancaran gerak kerja pemuda ini disempurnakan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasharudin Tantawi.

Dia berbangga dengan kebangkitan pemuda di Perak dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Pemuda mesti bersedia mewakafkan diri untuk perjuangan dan tidak gentar dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO,” Ucap Nasharuddin.

Turut memberi ucapan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Beliau menyelar tindakan UMNO yang terbukti zalim, melanggar undang-undang serta memperalatkan SPRM, Polis dan SPR

“Mereka rampas semua, rampas negeri, rampas dewan dan yang terbaru merampas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Pemuda mesti bangun menentang kezaliman Umno ini ,” katanya dalam ucapan berkenaan.

Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad yang turut memberi ucapan berkata, himpunan ribuan pemuda ini menjadi syarat kejatuhan UMNO pada pilihan raya akan datang.

Dia berkata, UMNO akan jatuh dan kejatuhan UMNO berpunca dari tindakan mereka sendiri.

“Kezaliman yang dilakukan oleh UMNO akan meruntuhkan UMNO sendiri.

“UMNO juga akan jatuh di tangan orang yang beriman yang memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman,” kata Idris.

Katanya, kehadiran pemuda yang ramai menyebabkan ramai yang terpaksa berada di luar dewan bagi mengikuti atur cara himpunan.

Himpunan ini juga mengumpul tandatangan pemuda Perak mendesak pembubaran DUN Perak

Turut hadir dan berucap dalam himpunan ini adalah Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin, Pengarah Pilihan raya Pas Perak Haji Asmuni Awi dan Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Zawawi Abu Hasan.

Tetamu yang turut hadir pada program berkenaan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol Haji Ramli Tusin, ADUN Selinsing Haji Husin Din, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

1 comment:

Mohamadazhan hjDesa said...

tahniah pemuda perak.

teruskan perjuangan.insyaAllah pertolongan Allah akan tiba.

Followers

Video ajijoi

Loading...