Monday, August 3, 2009

Mohon bantuan pelajaran anak ke Mesir


Sdr Ahmad Bin Osman memohon jasa baik anda untuk menyumbangkan bantuan kewangan/agihan zakat bagi membantu membiayai perbelanjaan menghantar anak perempuannya melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan ke Mesir.

Pengajian tersebut yang memakan masa selama 6 tahun hanya akan dibiayai oleh biasiswa mulai tahun kedua pengajian. Perbelanjaan pengajian bagi tahun pertama terpaksa dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

Oleh yang demikian, beliau merayu bantuan anda untuk menampung perbelanjaan pengajian anaknya yang akan memulakan pengajiannya di Mesir pada bulan September depan.

Segala bentuk bantuan bolehlah disalurkan kepada Sdr Ahmad sendiri di akaun Maybank No. 558118503975. Beliau juga boleh dihubungi melalui no. telefon 012-5918404.

Segala kerjasama dan bantuan yang anda hulurkan, didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih dan hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya.

2 comments:

ijoks2009 said...

Salam,izinkan saya copy artikel ini untuk di sebarkan.

Azizul Nizam said...

Silakan. Semoga anda diberkati Allah.

Followers

Video ajijoi

Loading...