Thursday, October 8, 2009

Hebat sangatkah sokongan Isa di Bagan Pinang?

Sokongan yang diterima Isa Samad didalam kempennya untuk memenangi dun Bagan Pinang bagaikan indah khabar dari rupa.

Melalui tinjauan yang dilakukan, rata-rata ramai pengundi di Bagan Pinang, termasuk daripada umno sendiri, sudak muak dan jijik untuk memilih semula Isa sebagai pimpinan di Negeri Sembilan. Cukuplah dengan 22 tahun pengalaman berada dibawah pemerintahan Isa Samad sebagai menteri besar Negeri Sembilan.

Segala pembangunan yang dijanjikan hanyalah pembohongan semata. Segala projek yang dijalankan sekadar untuk para kroni mengaut untung, bukannya dilakukan untuk kebajikan dan kemudahan rakyat.

Angan-angan tinggi Isa untuk duduk semula ditakhta kerajaan Negeri Sembilan akan dimatikan oleh rakyat dengan memenangkan calon Pas di dun Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Kerana kehebatan Isa Samadlah kamu menulis artikel ini.

Cubalah masuk kempen di BP ini kalau nak lihat soalan yang menjadi tajuk artikel ini menjadi kenyataan.

Kalau tidak kenapa PAS gatal nak bangkitkan undi pos, masuk mahkamah, tuduhan markas PAS diserang oleh 100 orang pulak tu dan isu yang tiada kaitan dengan BP seperti PKFZ dan lain2.

Bagi kamu, orang lain semua salah.

Saya dah katakan sila bentangkan kebaikan dan kelemahan antara PAS dan UMNO serta BN dan PR (tak berdaftar).

Baru setahun jagung memerintah penuh dengan masalah dalam PR sendiri apatah lagi nak selesaikan masalah rakyat seperti yang berlaku di Selangor.

Penilaian apa yang saudara pakai.

Followers