Monday, December 1, 2008

Pak Uda kini hidup terpinggir



Insan tua yang dikenali sebagai Pak Uda ini telah lama menumpang dirumah usang yang terletak di persimpangan Jalan Raja Omar, Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh.

Dilahirkan sebagai Ramli Bin Abd Hamid pada 21-02-1922 (86 tahun), kini tinggal bersama anak lelakinya yang kurang upaya dan hanya bergantung kepada bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM155 sebulan.

Puas sudah memohon bantuan daripada pelbagai pihak termasuklah PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin), namun segalanya mengecewakan sehingga beliau tidak lagi menaruh harapan dan kepercayaan untuk menerima bantuan. Biarlah apa yang ada sekarang ini tanpa perlu lagi menagih simpati, katanya.

Pada mulanya, beliau agak keberatan untuk ditanya tentang kehidupannya kerana beliau tidak mahu diganggu oleh mana-mana pihak. Pernah juga pihak media mencari beliau untuk ditemuramah dan sebagainya tetapi beliau menolak kerana tidak mahu kisah peribadinya dihebahkan kepada awam.

Disebalik keengganan beliau untuk ditemubual, akhirnya terkeluar juga sedikit kisah lamanya yang mana beliau pernah bekerja bersama-sama dengan Allahyarham Pak Samad Ismail di Utusan Melayu Singapura sebagai penterjemah sewaktu sebelum merdeka.

Ikuti kisah beliau melalui rakaman video ini :



Pak Uda menerima sumbangan Aidilfitri daripada Sdr Radzi Zainon yang mewakili MB Perak dan juga Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat pada bulan Ramadhan yang lalu.

Pak Uda terkenang sejarah silam.

No comments:

Followers