Sunday, August 2, 2009

Tahanan dibebaskan tanpa syarat



Jam 6.oo petang, kami bertolak ke Kompleks Polis Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras untuk meninjau keadaan 2 sahabat kami yang ditahan tadi.

Sesampainya kami di sana, terdapat sekelompok kecil orang awam yang menantikan sahabat dan saudara mereka yang ditahan.

Sdr Chee dan Puan Ambiga (bekas Presiden Bar Council) daripada Majlis Peguam telahpun berada disitu bagi mewakili kesemua tahanan.

Juga bersama mereka ialah isteri kepada Sivarasa yang ingin menghantar ubat-ubatan beliau kerana beliau menghidapi kencing manis.

Beberapa buas bas polis kelihatan meninggalkan kompleks tersebut secara beransur-ansur dengan tahanan memenuhi kesemua bas tersebut.

Tahanan yang dianggarkan seramai 500 orang termasuk hampir 40 muslimat, dibebaskan berperingkat-peringkat dengan menaiki bas polis dan dihantar ke stesen LRT yang berdekatan.

2 orang sahabat saya, Pahrul Rijal dan Fakrul Razi telah dibebaskan pada jam 7.45 malam tadi dihadapan kompleks tersebut dengan kebenaran pegawai polis yang bertugas.

No comments:

Followers