IPOH (8.8.09): Pasti Gopeng mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping untuk mendedahkan pengetahuan pelajar-pelajar kepada alam haiwan.
Seramai lebih 60 orang pelajar-pelajar bersama beberapa orang guru dan pembantu Pasti menyertai rombongan ini. Pasti kawasan Gopeng terdiri daripada Pasti Al-Ehsan, Pasti Ammar, Pasti Pintar dan Pasti Sinaran Wahyu.
Kegembiraan jelas tergambar di wajah anak-anak Pasti yang tidak sabar-sabar untuk menimba pengalaman di Zoo Taiping bersama rakan-rakan serta guru.
Anak-anak Pasti yang begitu teruja
Antara ibu-ibu yang menghantar anak untuk mengikuti rombongan Pasti
Ingat pesan ayah ye. Dalam zoo nanti, jangan lalu kat kandang babi tau.
Takut-takut babi tu ada selsema. Ingat tak ni?
Sesiapa yang belum sampai lagi, sila angkat tangan...
Yahoo, syoknya pergi zoo
Jangan risau, InsyaAllah tak ada apa-apa. Pergi zoo je, bukannya kemana
Cuba kamu teka, binatang apa yang selalu buat macam ni?
Seronoknya dapat pergi, kata Azizul Hakim
Beg ni jangan lupa, ye
Mari semua beratur pergi naik bas
Naik pelan-pelan. Semua ada tempat duduk. Tak payah rebut-rebut.
Yang ini cucu-cucu Imam Fahme. Seronok dapat pergi.
Hakim duduk dengan kawan baiknya, Fairuz.
Guru-guru Pasti dan pembantu memastikan kesemua murid berada
di tempat duduk masing-masing.
Nampak macam gelisah je mak bapak ni. Jangan risau, anak-anak tu dah
tak sabar-sabar nak tengok binatang di zoo.
Dua buah bas disewa khas untuk lawatan anak-anak Pasti Gopeng ke Zoo Taiping
Yang ini paling penting. Kalau tertinggal, tak jadi apa benda pun.
Datin Seri Fatimah Taat juga turut mengucapkan selamat jalan
kepada anak perempuannya
Fakhirah, anak DS Nizar juga ikut serta.
Yang ini makanan ke, atau face mask? Yang pastinya face mask original
ustazah ni jaminan utama.
Babai mak, babai ayah.
Babai nak, jaga diri elok-elok.
3 comments:
Wajah pemimpin masa depan...
seronok tgk kanak2 pasti..anjurkan lg program2 menarik utk pasti..:)
bakal pengganas yang akan mengadakan demonstrasi jalanan...
Post a Comment