Monday, August 3, 2009

ISA: Sivarasa bebas, 13 lagi akan didakwa

Kesemua tahanan demo Anti-ISA telah ditempatkan di Kompleks Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) PDRM, Cheras, KL.

Setibanya kami disana, telah ada ramai yang berhimpun menunggu tahanan dibebaskan.

Tahanan yang dibawa dengan trak polis untuk dibebaskan di kawasan sekitar bandar KL.

Peguam dari Majlis Peguam (Peguam Chee, Dato' Ambiga dan seorang lagi peguam) sedang menyiapkan afidavit bertulis untuk disampaikan kepada pihak berkuasa polis.

Isteri Sivarasa ingin menyerahkan ubat-ubatan kencing manisnya
dengan bantuan peguam Dato' Ambiga.

Rayuan isteri Sivarasa untuk berjumpa dengan suaminya dipandang sepi.

Tawaran seorang pegawai untuk menyampaikan ubatan kepada Sivarasa
ditolak oleh isterinya kerana khuatir akan dikhianati. Peguam bertegas
untuk membolehkan isteri Sivarasa menyampaikan ubatan tersebut dengan
ditemani oleh peguam.

Peguam Chee ingin menyampaikan afidavit bertulis beliau yang
mewakili kesemua tahanan.

Afidavit bertulis peguam Chee kepada ACP Aziz.

Peguam Chee ingin pihak polis untuk menerima afidavit tersebut.

Seorang anggota polis yang bertugas enggan menerima afivadit daripada
peguam Chee dengan alasan ianya ditujukan kepada ACP Aziz.


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa (kanan) dibebaskan dengan jaminan polis atas pertuduhan terlibat dengan perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara Sabtu lepas, di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini. Turut serta Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong (tengah). -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin dibebaskan di Mahkamah Sesyen hari ini.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun perlu melapor diri semula di mahkamah pada 17 Ogos ini.

"Saya sudah dibebaskan kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

"Polis ambil keputusan untuk bebaskan saya dengan jaminan mulut... namun saya perlu melapor diri semula pada 17 Ogos," katanya kepada mStar Online.

Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan antara 17 orang yang ditahan reman selama dua hari bermula kelmarin.

Tempoh berkenaan berakhir hari ini.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.

Bagaimanapun 13 lagi yang direman kini masih berada di Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk didakwa.

"Hanya saya yang dibebaskan hari ini... saya pun tidak pasti mengapa, namun 13 lagi yang ditahan bersama saya masih berada di mahkamah untuk didakwa," katanya.

No comments:

Followers