Monday, May 31, 2010

Pusat Pendidikan Al Barakah bagai menatang bahaya

Kedudukan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah di Kg Manjoi, Ipoh yang benar-benar terletak dibawah talian elektrik 132Kv (atau 132,000 Volt) bagaikan menanti bahaya menimpa.

Pusat Pengajian Al-Barakah di bawah kelolaan AF UST KAZIM ELYAS AL-HAFIZ ini semakin hari semakin bertambah pembangunannya sepertimana yang dilihat digambar, kerja-kerja penambahan sedang berjalan betul-betul dibawah talian elektrik.

Apakah tiada pihak berkuasa yang memantau keadaan keselamatan penghuni di pusat pengajian ini yang kebanyakannya adalah kanak-kanak? Ataupun kerana Ust Kazim mempunyai 'cable' yang lebih kuat dengan kerajaan negeri daripada cable-cable elektrik yang bersimpang siur di atas bangunan tersebut.

Semoga tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kemudian hari akibat daripada tabiat 'tutup sebelah mata' pihak berkuasa terhadap bangunan ini. Jangan apabila telah terjadi sesuatu, maka akan timbullah sikap salah menyalah dan menuding jari kepada semua arah melainkan diri sendiri.





Peringatan awal sebelum ini di blog PAS TAMBUN

Jangan hanya fikirkan keuntungan semata tanpa mengira bahaya yang melintang di atas kepala.

Bahaya tetap bahaya walaupun ianya adalah sekolah agama.

18 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,

Saya berpendapat anda perlu hubungi Pusat Pendidikan tersebut untuk penjelasan lanjut ataupun sekurang-kurangnya lakukan perbincangan untuk memperbaiki keadaan, bukan sekadar untuk mensensasikan berita tersebut yang belum tentu benar.
Kita akan dipertanggungjawabkan akan apa yg kita tulis/buat di akhirat kelak.

Anonymous said...

poyo la kau ajijoy..

-KO BACA SIKIT ARTIKEL DI BAWAH-

Kenyataan laman blog berikut http://pastambun.blogspot.com/2009/12/kami-cadangkan-al-barakah-fikirkan.html dan http://ajijoi.blogspot.com/2010/05/pusat-pendidikan-al-barakah-bagai.html amat dikesali kerana tanpa menyiasat dan melihat secara terperinci ( pelan binaan & surat-surat kelulusan pembinaan ) telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pusat ini. Tidak cukup dengan kenyataan, pihak itu juga meletakkan gambar-gambar grafik yang mengerikan untuk menyokong kenyataan mereka itu.

Samada kenyataan itu tidak disengajakan atau sebaliknya, ianya tidak sepatutnya dikeluarkan. Segala rasa tidak puas hati ataupun komplen boleh dibuat secara rasmi dan terus kepada kami. Kenyataan dilaman blog itu bukan sahaja boleh menakutkan orang ramai tetapi menjatuhkan imej pusat ini. Malahan gambar yang diletakkan dilaman blog terbabit adalah dari sudut yang meletakkan pusat ini ditengah-tengah talian walaupun realitinya berlainan. Kami mempelawa kepada pihak terbabit untuk datang ke Al Barakah untuk melihat sendiri bukti-bukti tersebut.

Pusat Pendidikan Al Barakah tidak pernah mengabaikan keselamatan dan kebajikan pelajar kami di sini. Segala projek pembinaan yang dijalankan telah mendapat kelulusan dari pihak yang berkenaan terlebih dahulu. Kenyataan laman blog di atas juga tentang kedudukan pusat ini di tengah-tengah laluan taliapi pencawang elektrik juga tidak benar dan tidak berasas.

Kami meminta kerjasama pihak penyelenggara laman blog itu untuk mengeluarkan kenyataan tersebut. Pusat Pendidikan Al Barakah juga memberi jaminan kepada pelajar, ibubapa dan masyarakat amnya bahawa pihak kami tidak melanggar mana-mana syarat dan akta yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Tujuan pusat ini dibangunkan adalah untuk kebajikan masyarakat dan memperkemaskan syiar Islam dan bukan sebuah tempat untuk dijadikan bahan gurauan dan sandiwara yang tidak berfaedah dan merugikan.

DARI PEJABAT PENTADBIRAN.
http://albarakah.org/pengumuman/index.html

nape dengki sangat??? kalau terkejar-kejarkan rating.. baik tak payah... wei.. rating tinggi tapi menyebarkan kerosakan/keaiban.. baik hentikan jela... baik datang ke albaraqah dan tanya sendiri penjelasan...

Anonymous said...

ni sume sandiwara dari pihak tertentu nak merosakkan org...

Anonymous said...

Bro.

Lu tau tak,

PAS TAMBUNg sungguh memalukan,
Tuduh al-Baraqah tak jaga keselamatan pelajarnya.

Tetapi dalam masa yang sama,

PAS TAMBUNg mengajurkan CERAMAH PERDANA BERSAMA YB NIZAR "tepat-tepat" dibawah kabel elektrik.

Kalau Lu tak percaya,

Lu tanya sendiri PAS TAMBUNg, Lu tanya sendiri YB Nizar.

Ramai penonton benar2 ada dibawah kabel elektrik, dan yang paling memalukan, PAS TAMBUNg menganjurkan CERAMAH PERDANA bersama NIZAR benar2 dihadapan Pusat Pndidikan AlBaraqah..

kepada PAS TAMBUNg..

Lu cakap Tak Serupa Bikin,
Lu bikin ke"MALU"an PAS saje.

Mengata orang, dia yang lebih2..

-anti PAS TambunG-

putramin1 said...

Assalamualaikum... Betl tu, jgn buat tuduhan melulu tanpa melihat dari sudut yg sebenar. Apa admin fikir AF Ustaz Kazim tak boleh fikir ke tentang keselamatan pelajar2nya? Tolongla admin, jgn kerana anda terlalu taksub utk menjatuhkan seseorang sehingga anda sanggup menfitnah.. Mohon ampun pada AF Ustaz KAzim dan bertaubatlah... Assalamualaikum...

putramin1 said...

Maaf cakap, sebab tu saya tak respect PAS sekarang... selepas kemangkatan Almarhum AF ustaz Fadzil Nor, hala tuju PAS semakin terpesong.. namun saya tetap hormat kepada Musyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat..

NA_SR said...

suka tuduh sebarangan!

noorfazwani said...

salam......jgn lah nak jatuhkan ustaz kazim sampai mcm ni.....knapa perlu dihuruf besarkan nama ustaz kazim?? nak tekankn tmpat tu ustaz kazim punya ka?? cuba kalau ustaz kazim tu terang-terangan kata dia parti PAS, gerenti entri ni x da punya.....

zshi1 said...

In sya Allah saya akan ke AL barakah weekend nie. Nak hantar anak summer camp. Boleh lah nanti ambil photodari sudut sama dan compare sendiri dengan photo kat sini.

Suhana Mohd Alias said...

Assalammualaikum Tuan Tanah...
Minta maaf... saya ini mencari maklumat dan jumpa artikel tuan ni. Saya tiap-tiap hari lalu di kawasan itu dan saya melihat sendiri pembangunan di situ. Kenapa tuan kisahkan pembinaan Pusat Pendidikan ini di bawah talian elektrik padahal telah bertahun-tahun terdapat banyak rumah dibawah & disepanjang talian elektrik yang merentasi Kpg. Manjoi. Mereka ini 365 hari setiap tahun tinggal disitu dan tidak pula dikisahkan keselamatan mereka malahan telah lama berdiri kukuh berbanding pusat pendidikan ini. Tuan biarlah komen bersikap adil. Secara khususnya baguslah ada tempat belajar agama macam ni. Kalau bawa fahaman politik tu yang tak bagusnya. Rata-rata makcik pakcik yang saya kenal belajar di sini kata bagus... Perkara yang baik harus diteruskan.

aesalno said...

dah xda isu lain ke? :| kalau xda isu ~ duk jer diam2 =))

minyakpanas said...

Segala yg berkaitan dgn keselamatan telah diambil kira terbaik mungkin dan tawakkal kpd Allah. Buruk baik kan dari Allah dan yakinlah pada Allah. Allah akan jaga pusat pendidian ini dari bencana, Insyallah.

Unknown said...

assalamualaikum..
saudara yg menulis,jika menegur biar la saksama, & lebih baek ditujukan terus kpd tuan punya diri dr memalukan ke seluruh khalayak..

maaf klu kurang senang, tp pndpt sy lbh baek kongsikan cara2 membaca quran, panduan solat yg sampai sekarang bukan semua mampu lakukan dgn sempurna..
ini la apa yg orang ramai nak belajar dr PAS, sesuatu yg berkait dgn agama, bisnes dr perspektif agama, kesihatan mengikut sunnah, akhlak rasul s.a.w..
dan politik juga mengikut sunnah..
malangnya kami, orang muda, pengundi muda jarang2 sekali di war2kan & dijernihkan dgn perkara sebegini melalui penulisan PAS..
rata2nya hanya tuduhan & cacian..hentikan semua ini..jika kita dipihak benar, lambat laun kebenaran akn tetap menang...klu terus menerus memaki & mengata, adakah orang akn terbuka untuk mengikut kita? contohi la gaya kepimpinan rasul s.a.w dgn sebenar2nya..klu tidak kita hanya memalukan diri sendiri...

waallahu 'alam...

Wealthy Soul said...


Memperjuangkan agama Islam, tapi tidak menunjukkan contoh teladan akhlak yg baik... mencari salah dgn niat menjatuhkan.. kan lebih baik mencari jalan untuk memperbaiki demi memperkasakan Islam.

ym.dr.nik.razman said...

Siasatan telah dibuat, pembangunan albarakah bukan tepat dibawah talian elektrik.. Jadi jangan kerana taksub dengan parti semuanya tidak betul... yang tak betulnya kamu yang memegang lensa kamera... mungkin 1 sahaja yang mengambil gambar bangunan yang lain GAMBAR MAKSIAT... jadi tak perlu tuduhan yang melulu... mungkin bagaikan anjing yang menyalak.. ANJING... mungkin itu sinonim yang patut diberi kepada penulis blog ini..

Anonymous said...

When the Smith family moved into a 200-year-old house in the North Yorkshire countryside, they thought little of the electricity pylon and lines towering above the home.

Thirty years later Jannette Smith believes that the power lines above Kirby Sigston, near Northallerton, are responsible for a blight on her family.

Her brother Matthew died of liver cancer in 1988 when he was 18. Her mother died of cancer in 1996. Her father is also suffering from it. Even the family's cat and dog, along with a neighbour's pet, were diagnosed with the disease. There was no previous family history of it.

"When my brother died we assumed it was a natural disease," said Jannette, 37. "Then we saw a report in a magazine about the health risks of pylons. Now it would take an awful lot to convince me that the illnesses weren't due to the power lines."

The family was not alone in its suffering. Last year the secretary of the local branch of the National Farmers' Union began to worry that cancer was becoming increasingly common in the area. He found nine cases of the disease in 19 houses along a five-mile stretch of power lines in the Northallerton area.

The report this week by the government's Advisory Group on Non-ionising Radiation (Agnir) will be welcomed by other families across Britain who have suffered illnesses which they believe have been caused by electromagnetic fields from power lines.

For the first time the government body will accept that children living near power lines are at a small but increased risk from leukaemia.

The link between electromagnetic fields and cancer has been bitterly contested as scientific studies offered contradictory conclusions.

In 1979 Nancy Wertheimer published findings based on studies around Denver, Colorado, which showed high levels of leukaemia in children living close to overhead power lines.

In 1990 a study by Stephen Perry, a retired Midlands GP, linked electromagnetic fields to increased rates of suicide and depression. A report by Agnir in 1992 maintained there was "no firm evidence of the existence of carcinogenic hazard". Despite this, clusters of cancer sufferers living near power lines began to be identified around the country. In Abergavenny, Gwent, four neighbours developed brain tumours within 18 months. All lived near 132,000- volt cables which they suspected of being the cause.

In the eight houses closest to overhead cables on the Shortlees estate on the outskirts of Kilmarnock, Ayrshire, nine people have died of cancer in the past 15 years.

Denis Henshaw, professor of human radiation effects at Bristol University, argued that power lines produce "corona ions", molecules in the air with an electric charge. These attach themselves to airborne pollutants such as car exhaust fumes and give them an electrical charge. This means there is a greater chance of being absorbed by the body when inhaled, he believes.

Sceptical scientists dismissed the clusters as not statistically significant. But several families launched legal challenges to prove the link and to claim damages from the electricity companies.

Among them were the Studholme family who bought a house in Bury, Greater Manchester, in 1989, where an electricity meter emitted strong electromagnetic fields. Within 18 months their son Simon had developed acute lymphatic leukaemia. He died in 1992 aged 13. The family and two others were granted legal aid to sue, but suffered a setback when reports from the American National Cancer Institute ruled out the link.

Now the families and others like them may have new grounds to press for compensation. The consequences of a successful test case would be enormous. The power lines which run over or near 25,000 homes would have to be moved; they could be buried, which would significantly diminish the electromagnetic fields.

Unknown said...

Aku rasa..tidak terlalu mustahil utk mengatakan..org2 jenis spt penulis blog ini merupakan calon2 terbaik penghuni neraka Jahanam...nampak sgt betapa busuk nya niat & tujuan penulis blog ini..

Unknown said...

Assalamu'alaikum, kepada owner blog ni, sy baru saja baca melalui blog ni berkenaan dgn pusat pendidikan albarakh. Pada pendapat saya sedara perlulab berjumpa dgn pihak yg berkenaan iaitu pentadbir pusat pendidikan albarakah utk memberi pendapat saudara ttg perihal yg sedara tulis dan maklumkan pada org ramai ini. Bukan apa sedara, kenyataan sedara ni seolah2 memburuk2an intitusi pengajian tersebut, alangkah baiknya sedara berjumpa atau tuliskan surat pendapat atau cadangan sedara kepada pihak yg berkenaan. Bagus jika kita nak berikan cadangan dan pendapat yg bertujuan utk mengelakkan tragedi yg tak diingini. Akan tetapi pndpt saya cara sedara ni macam bertujuan nak memburuk2kan albarakah. Gunalah jalan atau cara yg betul utk menegur atau memberi pendapat bukannya menggunakan blog utk menghebah2kan perkara yg boleh mndatangkan fitnah. Alhamdulillah syukur pada Allah,dari tarikh tahun 2010 disiarkan hinggalah kini 2018, Albarakah teruus pesat berkembang dan syukur pada Allah tidak ada perkara yg berlaku sepertimana yg saudara maklumkan. Di harap, sedara tidak akan terasa apa yg sy kongsikan.. berhati2lah dan hentikanlah bercerita berkenaan keburukan org lain. Sedangkan diri kita sendiri mempunyai keburukan masing2. Bayangkan jika ada sesiapa yg menghebahkan keburukan sedara tanpa ada usul periksa dan perbincangan samada sahih atau tidak, apakah perasaan sedara?? sedangkan dengan Rahmat Allah SWT, Dia sentiasa menyimpan keburukan hambaNya, inikan pula kita sesama hambaNya malah sesama saudara seislam.. mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Sekadar pendapat dr saya.. 2 perkara yg wajib kita jaga yakni "Berbaik2lah kamu dengan Allah dan berbaiklah kamu sesama insan".. Wallahua'lam..

Followers