Monday, May 3, 2010

Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak

AIR KUNING 2 MEI: Saya berpeluang mengikuti perjalanan Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang diadakan di Markaz Air Kuning, Taiping Ahad lalu.

Tiada gambar yang di ambil semasa muktamar kerana saya ke sana sebagai perwakilan dan bukannya sebagai blogger.

Namun begitu, jangan rasa tarkejut jika ada yang tidak kena dengan gambar yang dipaparkan di atas. (Gambar daripada dpp perak)

Baru-baru ini, pejabat pelajaran daerah telah menyoal siasat para guru-guru yang wajah mereka terpampang di dalam blog-blog yang pro pembangkang. Bila di sebut pro pembangkang bermakna blog yang selain daripada umno-apco le. Ini bermakna, akal yang sihat dan waras akan dapat memahami bahawa tindakan ppd ini adalah bagi pihak umno-apco juga le.

Setakat ini, sudah ada guru-guru yang ditukarkan ke negeri lain atas alasan yang disebutkan di atas tadi. Dan ramai lagi yang telah mendapat amaran keras dan menanti hukuman.

Oleh kerana saya tidak mahu sahabat yang terdapat di dalam gambar di atas menerima nasib yang sama dengan rakan-rakannya yang sebelum ini, maka wajahnya saya tukarkan kepada seorang yang sudah pasti tidak akan di siasat oleh pihak ppd.

Koleksi gambar-gambar muktamar, lihat di SINI dan SINI

1 comment:

NoToBn said...

kahk kahk muka penyamun pangkor selamba aje....ha ha apa kat pos kat jib...

Followers

Video ajijoi

Loading...