Sunday, May 16, 2010

Muktamar Pas Gopeng ke22: Pendaftaran

IPOH 16 MEI: PAS Kawasan Gopeng bermuktamar hari ini buat kali ke 22. Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya, Ipoh menjadi lokasi tempat berkumpulnya pimpinan Pas Gopeng bersama perwakilan-perwakilan daripada 24 cawangan di dalam kawasan Gopeng.

Seawal pagi lagi perwakilan datang beramai-ramai bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ahli. Sedikit rakaman lensa kamera saya buat paparan di sini keadaan sewaktu pendaftaran tadi.

Ketua-ketua cawangan membuat pendaftaran

YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng),
YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) dan YB Chang Lih Kang
(Adun Teja) turut serta hadir sebagai tetamu mewakili PKR

YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim Md Arif berbual
bersama rombongan PKR

Pendaftaran masih berterusan sehingga jam 9.00 pagi

AJK PAS Gopeng yang bersedia untuk bermuktamar kelihatan
segak berbaju Melayu

Persediaan rapi yang diatur berminggu-minggu nampaknya berbaloi-baloi hari ini. Permulaan yang baik untuk Muktamar tahun ini

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...