Sunday, May 30, 2010

Pelancaran kempen sebaran risalah 'Perjudian Adalah Haram'

IPOH 30 MEI: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini melancarkan kempen sebaran risalah 'Perjudian Adalah Haram' sepertimana yang disarankan oleh Ust Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat baru-baru ini.

Risalah tersebut akan disebarkan secara meluas oleh Pemuda PAS di setiap kawasan di dalam negeri Perak.

Sasaran yang dikenalpasti adalah pemuda-pemuda yang akan dighairahkan dengan judi dimusim perlawanan bola sepak Piala Dunia nanti. Tidak ketinggalan juga, semua warga masyarakat tidak kira umur yang prihatin terhadap masalah lesen judi bola yang dikeluarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kempen ini juga bukan hanya ditumpukan kepada judi bola semata-mata tetapi untuk semua jenis judi yang semakin sinonim dengan kehidupan seharian rakyat dinegara ini.

Ust Zawawi Hassan menerima risalah 'Perjudian Adalah Haram'
daripada Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussin

Risalah yang akan disebarkan keserata pelusuk negeri Perak
oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan masing-masing

Wakil Pemuda daripada Lumut menerima risalah daripada
Exco Pemuda PAS Negeri, Sdr Hafiz Sabri

Wakil Pemuda PAS Gopeng yang akan memastikan risalah-
risalah tersebut disebarkan keseluruh kawasan Gopeng
{macam kumpulan Sweet Charity dulu-dulu pulak}

Tahniah kerana gerakerja untuk menyampaikan dakwah bahawa judi itu adalah HARAM kerana kebanyakan orang-orang Islam dinegara ini telah dilalikan dengan judi sepertimana tidak sensitifnya mereka apabila akhbar harian berbahasa Melayu mengiklankan judi sehingga beberapa muka surat demi memperolehi keuntungan daripada iklan tersebut.

No comments:

Followers