IPOH 9 MEI: Hari ini merupakan sambutan Hari Ibu. Hari dimana ibu-ibu dihargai oleh anak-anak mereka. Para bapak-bapak pun kena la sambut jugak. Jangan biarkan anak-anak je yang beriya-iya menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kepada ibu mereka manakala sang suami buat donno je, tak ambil kisah.
Saya adalah antara insan yang bertuah hari ini kerana masih mempunyai ibu untuk disanjung dan dihargai dengan limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kepada yang ibu-ibu mereka telah pergi menghadap Ilahi, doa daripada anda saban hari pasti dinanti.
Buat mak, Azizah Binti Mohammed Yusoff, SELAMAT HARI IBU saya ucapkan. Dan mak dengan naluri keibuannya pasti tahu betapa sayangnya saya pada mak sebagaimana juga saya yang penuh yakin akan kasih mak semenjak kewujudan saya sehingga ke hari ini dan akan berterusan selama-lamanya.
Maaf kerana tidak sempat untuk memelukmu sempena di hari menghargai ibu ini kerana kesibukan bersiap-siap untuk ke Putrajaya bagi menghadiri kursus selama dua hari. Namun begitu, daripada suara mak di dalam telefon pagi tadi saya pasti mak mengerti.
SELAMAT HARI IBU, MAK. Dikaulah hanya satu-satunya si ibu yang tiada galang gantinya di alam yang dipanggil dunia ini.
Buat seorang yang bergelar Isteri
Begitu juga ucapan Selamat Hari Ibu saya tujukan kepada isteri pertama (dan selama-lamanya), Norazila Binti Ahmad Zaaba yang selama 11 tahun ini bergelar ibu kepada 3 anak-anak kita.
Segala jasa dan jerih payahmu membesarkan anak-anak kita, Tuhan sahaja yang tahu betapa berharganya kewujudanmu di sisiku. Terima kasih untuk setiap detik dan nafasmu mendidik anak-anak kita sehinggalah mereka membesar sebagai insan sempurna.
Anak-anak yang amat rapat denganmu sudah pastinya menyambut Hari Ibu ini lebih istimewa daripada hari-hari biasa.
Abang amat-amat menghargaimu setiap masa dan ketika, terutama dikala semua para suami menghargai isteri mereka yang bergelar ibu pada hari ini. SELAMAT HARI IBU, wahai isteriku.
No comments:
Post a Comment