Friday, May 21, 2010

Utusan disaman lagi, bakal bankrap

Syed Husin Saman Utusan Melayu RM10 Juta

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Senator Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta dua yang lain kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya pada 6 Mac lepas.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Selain Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Syed Husin turut menamakan editor akhbar Utusan Malaysia, Mohd Hassan Mohd Noor sebagai defendan kedua dan anggota Angkatan Muda Kedah (AMK), Zamil Ibrahim, sebagai defendan ketiga.

Selain menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta ganti rugi teladan, beliau turut memohon injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan lebih lanjut kata-kata fitnah lisan dan libel yang serupa terhadapnya, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang dianggap wajar dan saksama oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Syed Husin berkata bahawa pada muka surat lapan surat khabar Utusan Malaysia keluaran 6 Mac 2010, di bawah tajuk "RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis", defendan pertama dan kedua telah secara palsu dan dengan niat telah mencetak dan menerbitkan atau telah menyebabkan percetakan dan penerbitan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya. - BERNAMA

Utusan memang merupakan akhbar lidah rasmi kepada Umno sebagaimana Harakah untuk Pas. Tetapi ianya dijual setiap hari disegenap pelusuk negara dan dibeli untuk dibaca oleh rakyat Melayu.

Menipu macam mana pun, ada juga orang-orang Melayu terutamanya dikampung-kampung yang mempercayainya 100%.

Amat malang sekali tahap pengetahuan semasa orang-orang Melayu yang hanya bertemankan akhbar Utusan.

2 comments:

Kuda Perang said...

Utusan tu surat khabar jahil.. sudah jahil kerjanya menjahilkan orang lain pula...

Apiq Putra said...

apa nk jadi dgn utusan skrang.
pasca merdeka dlu jd wadah menentang penjajah.
skrang menentang hak dan bathil

Followers

Video ajijoi

Loading...