Wednesday, May 26, 2010

DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam

KLANG, 24 Mei: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Beliau yang merupakan antara tulang belakang KPP yang ditubuhkan sejak 2004 berkata, penubuhan tersebut merupakan titik tolak kepada pencerahan pemikiran orang bukan Islam yang sering dimomokkan dengan pandangan serong terhadap Islam dan PAS itu sendiri.

"Penubuhan Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang lalu , saya lihat banyak perubahan sikap di kalangan masyarakat bukan Islam PAS.

"Usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS untuk menyatukan masyarakat bukan Islam nampaknya sudah nmendatangkan hasil," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS khususnya Lajnah Perpaduan Nasional di bawah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, beliau juga meletakkan harapan agar PAS terus melaksanakan penyatuan kaum yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan PAS yang meluluskan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS ini dan kita harap apa yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasionl, dapat dilakukan olah PAS.

Tegasnya, beliau akan memastikan DHPP dapat mencapai misi dan visi untuk mewujudkan negara Malaysia yang aman damai dengan penyatuan semua kaum.

"Kita dalam DHPP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah syurga, kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Marilah kita sama-sama merealisasikan usaha ini.

Pang Chaw juga berkata, beliau menghormati prinsip Islam yang tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk melakukan kebaikan.

"Dalam Islam tidak pernah menghalang kita untuk buat kerja baik," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan timbalannya, N. Balasubramaniam yang turut berucap di majlis tersebut.

"Saya sudah lama menanti kelab penyokong ini dinaik taraf kepada dewan dan hari ini impian kita sudah menjadi kenyataan. Kita sudah berada di sini sebagai ahli dewan.

"Saya mengucapakan terima kasih kepada Presiden PAS dan pimpinan tertinggi yang lain kerana menaik taraf kelab ini kepada dewan himpunan penyokong PAS, " katanya.

Pada majlis berkenaan, ahli DHPP turut melafazkan ikrar taat setia kepada PAS dengan diketuai oleh ketua pemuda DHPP, Balendran.

Ikrar berkenaan mengandungi lima perkara iaitu:

Pertama, menjunjung dasar parti dan mentaati prinsip perjuangannya.

Kedua, menghormati keputusan-keputusan kepimpinan parti dan kepimpinan dewan.

Ketiga, melaksanakan maksud perpauan dalam parti dan dalam negara ini.

Keempat, menghormati segala peraturan dan peraturan dewan sebagai panduan.

Dan kelima, memastikan ahli dewan menjaga nama baik PAS dan perjuangannya.

-harakahdaily

Orang-orangyang bukan Islam telah terbuka hati untuk bersama-sama dengan dakwah PAS.

Bagaimana pula dengan orang-orang yang memang sudah beragama Islam?

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...